Dengan kesabaran dan imaginasi seorang lelaki yang meminati tumbuh-tumbuhan, anda pasti terasa seperti di alam fantasi apabila berada di taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok hidup yang unik sehingga buat anda tertanya-tanya bagaimana ia terjadi.

Berikut ialah 9 pokok unik yang wujud di Taman Gilroy yang dipanggil Pokok Sarkas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Arch

Pokok ini terletak di pintu masuk ke Claudia’s Garden. Ia dibuat dengan dua pokok American Sycamores (Platanus occidentalis) dan asalnya ditanam di Scotts Valley.

2. Revolving Door

The Revolving Door turut dikenali sebagai Compound Square ini berasal daripada pokok Box Elder (Acer negundo).

3. Squat Curvy Scallops

Ada yang menyatakan Squat Curvy Scallops ini menggunakan 3 pokok European Ash (Fraxinus exelsior), tetapi ada juga sebut ianya ialah Box Elder (Acer negundo).

4. Zig Zag

Pokok Zig Zag atau Lightning Bolt ini menggunakan sebatang pokok jenis American Sycamore (Platanus occidentalis). Ia ditanam di Hilmar dan kemudiannya dipindahkan ke taman ini.

5. Basket

Bentuk pokok Basket ini seperti anyaman bakul telah dibuat menggunakan 6 batang pokok American Sycamores (Platanus occidentalis) di Scotts Valley. Ia turut dikenali sebagai Circle Cage.

6. Double Hearts

Dua bentuk hati bertentangan di atas dan bawah membuatkan pokok ini dipanggil Double Hearts dan turut disebut sebagai Reverse Hearts. Ia menggunakan pokok Red Maple (Acer rubrum) dan asalnya ditanam di Scotts Valley.

7. Four-Legged Giant

4 batang pokok American Sycamores (Platanus occidentalis) ditanam pada saiz tanah 6 kaki persegi sebelum 1928 di Hilmar. Ia turut dikenali sebagai Four-Legged Squatter.

8. Compound Eight

Pokok ini dibuat dengan sebatang pokok Box Elder (Acer negundo) dan ditanam di Scotts Valle sebelum dipindahkan ke taman ini.

9. Emblem

3 batang pokok American Sycamores (Platanus occidentalis) mungkin ditanam sejak 1929 di Hilmar dan kemudian dipindahkan ke taman ini pada 1997.

Banyak lagi pokok-pokok yang unik di Gilroy Garden ini. Anda boleh lihat di sini.