HUAWEI Consumer Business Group (BG) pada 27 Julai lalu mencipta sejarah apabila melancarkan produk terbaru mereka buat pasaran Malaysia di HUAWEI APAC Smart Office.

Pelancaran yang penuh gilang gemilang ini melihatkan jenama HUAWEI bukan sahaja melancarkan satu atau dua produk malah sembilan produk dilancarkan sekali gus terdiri daripada HUAWEI MateBook X Pro, HUAWEI MatePad Pro 11, HUAWEI MateBook 16s, HUAWEI MateBook D 16, HUAWEI MateView SE, HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI WiFi Mesh3, AX3 Pro, HUAWEI Stylish Backpack dan HUAWEI Wireless Mouse.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Produk yang dilancarkan ini menggabungkan teknologi, rekaan yang estetik serta direka untuk memudahkan pengguna dalam urusan seharian. Syarikat ini juga dilihat komited dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna dengan penawaran beberapa produk dan fungsi terbaru. Berikut merupakan 9 produk terbaru HUAWEI bagi pasaran Malaysia.

1. HUAWEI MateBook X Pro

HUAWEI MateBook X Pro dilancarkan dalam menjadi model komputer riba terbaik jenama ini baik melengkapi pelbagai sudut. Hadir dengan rekaan yang elegen iaitu Ink Blue sekaligus membuatkan model ini menyerlah berbanding model lain di pasaran.

Ditawarkan dengan skrin 14.2-inci Real Colour FullView Display beserta Eye Comfort 3.0 dengan pengesahan TÜV Rheinland sangat membantu dalam menawarkan paparan terbaik di samping memastikan mata pengguna tidak mudah letih.

Model ini dikuasakan oleh processor Intel® generasi ke-12 beserta sokongan teknologi Super Turbo dalam menawarkan prestasi terbaik. Penawaran fungsi Super Device sangat membantu pengguna dalam menghubungkan peranti HUAWEI terpilih dengan mudah sekaligus menjimatkan masa pengguna.

2. HUAWEI MatePad Pro 11

Sekiranya HUAWEI MateBook X Pro merupakan antara komputer riba terbaik HUAWEI, HUAWEI MatePad Pro 11 merupakan tablet flagship terbaik jenama ini. Model ini dikhususkan kepada pengguan yang pentingkan produktiviti serta mahu menjalankan tugas secara multi-tasking.

Skrin 11-inci dengan paparan OLED Real Color HUAWEI FullView Display meliputi 92% bahagian hadapan skrin pastinya memberi kepuasan buat para pengguna.

Bukan itu sahaja, model ini juga merupakan tablet paling nipis dan ringan di pasaran. Sokongan HUAWEI SOUND® antara yang turut ditawarkan bagi model MatePad Pro 11 ini dalam menawarkan pengalaman bunyi terbaik untuk pengguna mendengar muzik mahupun melayari siri atau filem melalui aplikasi penstriman.

Mengulas dari segi produktiviti, HUAWEI Multi-Window pastinya memudahkan pengguna dalam mengakses beberapa aplikasi secara serentak. Selain itu, penawaran HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil (generasi kedua) sangat membantu pengguna dalam menggunakan tablet seakan sebuah komputer.

3. HUAWEI MateBook D 16

Pihak HUAWEI juga turut melancarkan D series yang terdiri daripada dua model dengan saiz 16-inci. Dua model yang baru sahaja dilancarkan ini bukan sahaja menawarkan saiz skrin yang besar, malah turut berjaya mememfokuskan kepada rekaan yang nipis dan ringan.

4. HUAWEI MateBook 16s

HUAWEI MateBook D 16 dan MateBook 16s ini dikuasakan oleh processor Intel® Core™ H series, sokongan Super Device, Fingerprint Power Button dan fast charging sekaligus membuatkan model ini sebagai pakej yang berbaloi.

5. HUAWEI MateView SE

HUAWEI MateView merupakan sebuah lagi produk terbaru yang dilancarkan HUAWEI iaitu sebuah monitor dengan skrin 23.8-inci. Hadir dengan 92% screen-to-body ratio, model ini menyokong 90% P3 dan 100% sRGB colour gamut dalam menawarkan penawaran warna terbaik buat para pengguna.

Menariknya mengenai model ini, HUAWEI MateView SE membolehkan pengguna diputar daripada 0° kepada 90° serta menyelaras ketinggian mengikut keselesaan.

6. HUAWEI WiFi Mesh 3 dan AX 3 Pro

Pihak HUAWEI turut meluaskan jaringan produk yang ditawarkan dengan melancarkan HUAWEI WiFi MEsh 3 dan AX 3 Pro. HUAWEI WiFi Mesh 3 dengan sokongan WiFi 6 Plus mampu menyokong lebih 250 sokongan internet pantas bagi keluasan 400 kaki persegi.

HUAWEI WiFI AX3 Pro pula sedia menyokong sehingga 3,000Mbps, one touch-connect dan diagnosis Wi-Fi yang pastinya sangat membantu dalam meningkatkan pengalaman penggunaan seseorang pengguna.

7. HUAWEI FreeBuds Pro 2

Bersesuaian dengan trend semasa, HUAWEI nampaknya turut melancarkan HUAWEI FreeBuds Pro 2 iaitu sebuah model flagship bagi TWS EarBuds. Model yang dilancarkan pada kali ini turut menyokong HWA dan Hi-Res Wireless Dual HD Audio Certification dalam menawarkan kualiti audio terbaik buat para pengguna.

Bukan itu sahaja, penawaran pembatalan hingar sememangnya sangat membantu dalam mendengar muzik atau mengikuti meeting secara dalam talian. Menerusi HUAWEI FreeBuds Pro 2, model ini turut dibekalkan dengan sistem Triple Mic ANC yang pastinya membuatkan percakapan pengguna lebih jelas.

8. HUAWEI Stylish Backpack

Dalam usaha untuk membantu pengguna tampil bergaya, HUAWEI turut melancarkan HUAWEI Stylish Backpack. Backpack keluaran HUAWEI ini dilengkapkan kapasiti 18.5liter yang mampu memuatkan komputer riba sekitar 11-inci sehinggan 16-inci. Menariknya, model ini menggunakan fabric waterproof yang memastikan komputer riba tidak mudah terdedah kepada percikan air.

9. HUAWEI Wireless Mouse

Sebuah lagi aksesori yang dilancarkan HUAWEi adalah HUAWEI Wireless Mouse. Uniknya mengenai model ini, HUAWEI Wireless Mouse berjaya menawarkan rekaan yang ergonomik sekaligus memastikan penggunaan yang selesa buat para pengguna dalam tempoh yang panjang.

Huawei Service Carnival and AppGallery

Untuk pengetahuan, HUAWEI sedia menawarkan pelbagai tawaran, promosi dan servis termasuk pertukaran alatan ganti dengan diskaun sehingga 20% meliputi lebih 200 model.

AppGallery pula sedia menampung keperluan bagi 580 juta pengguna HUAWWEI seluruh dunia serta berjaya muncul sebagai antara tiga App Marketplaces terbaik secara global.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

Lesen Hiburan Berharga RM77,000 Tidak Masuk Akal, Tindakan DBKL Tutup Angkasa Dikecam