Umum mengetahui, kebanyakkan selebriti-selebriti dari Korea Selatan memang mempunyai pendapatan yang tinggi. Jadi tidak hairanlah jika mereka mampu untuk mempunyai aset hartanah yang mencecah jutaan ringgit nilainya.

Menurut sumber, satu episod khas dari Entertainment Weekly Live, mendedahkan 9 selebriti top Korea Selatan yang telah disenarai sebagai bintang-bintang yang mempunyai hartanah yang paling bernilai.

Difahamkan, dalam kalangan selebriti ini ada yang mempunyai nilai hartanah mencecah RM298 juta! Wah, siapakah bintang tersebut agaknya? Mari kita kenali meraka!

1. Rain dan Kim Tae-hee

883459921097407004827446049406087152989149n-ngoisao.vn-w640-h640
SUMBER: Lovekpop95

Pasangan suami isteri yang juga merupakan bintang terkenal ini mempunyai nilai hartanah sebanyak 81.4 bilion won (~RM298 juta) apabila digabung! Wah, adakah ini pasangan Crazy Rich Asian versi selebriti Korea Selatan?

2. Kwon Sang-woo dan Son Tae-young

Son-Tae-Young-Kwon-Sang-Woo
SUMBER: Soompi

Gabungan aset pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Stairway to Heaven dan pasanganya yang merupakan pelakon dan bekas Ratu Cantik Korea ini pula membawa kepada aset hartanah yang bernilai 78.2 bilion won (~RM286 juta).

3. Jun Ji-hyun

b97730adfb784a2c88354d6d15775499
SUMBER: Soompi

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita yang sangat jelita ini? Wajah yang tidak asing dalam industri lakonan Korea Selatan ini mempunyai nilai hartanah yang mencecah 75.5 bilion won (~RM276 juta)!

4. Song Seung-heon

0359_song-seung-heon-wants-to-be-a-father-soon
SUMBER: CHANNEL KOREA

Model kacak dan pelakon yang pernah membintangi drama siri popular Autumn in My Heart ini pula mempunyai nilai hartanah sebanyak 69.2 bilion won (~RM253 juta).

5. Jang Geun-suk

1592661467-20200620-janggeunsuk
SUMBER: allkpop

Peminat drama Korea pasti kenal dengan wajah si kacak yang cukup berbakat ini. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga punyai bakat dalam bidang nyanyian. Tahukah anda, hartanah yang dikumpul Geun-suk sudah mencecah 55 bilion won (~RM201 juta)?

6. Seo Jang-hoon

30000640937_16v9
SUMBER: Teller Report

Personaliti TV ini dulunya adalah seorang pemain bola keranjang. Jadi tidak hairanlah bukan jika beliau memiliki nilai hartanah berharga 46.5 bilion won (~RM170 juta)?

7. Ha Jung-woo

1582022393-20200218-hajungwoo
SUMBER: allkpop

Tahukah anda bahawa Jung-woo bukan sahaja merupakan pelakon yang terkenal, malah beliau juga memiliki 3 kafe? Berbakat dan pintar berniaga, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik untuk Asian Film Award ini turut mempunyai nilai hartanah yamg mencecah 46.5 bilion won (~RM170 juta).

8. Jang Dong-gun dan Go So-young

K10040117
SUMBER: Korean Times

Siapa yang tidak kenal dengan wajah-wajah yang sering menghiasi filem dan drama Korea Selatan ini? Gabungan nilai hartanah bagi kedua-dua pasangan pelakon ini pula adalah sebanyak 43.7 bilion won (~RM160 juta).

9. PSY

gangnam-style-feature
SUMBER: Soompi

Penyanyi lagu ikonik Oppa Gangnam Style ini pula bukan sahaja merupakan bintang yang dikenali seluruh dunia tetapi beliau juga memiliki hartanah bernilai 40 bilion won (~RM146 juta)!

Tidak sangka rupa-rupanya selebriti-selebriti ini memiliki aset yang bernilai tinggi. Adakah anda terkejut?

Ingin tahu lagi fakta dan cerita menarik mengenai selebriti Korea Selatan? KLIK pautan di bawah untuk membaca.

Pernah Hidup Susah, Hoshi SEVENTEEN Tawar Biasiswa Bernilai RM84,403 Untuk Pelajar Sekolah

Siap Sedia VIP, G-Dragon Bakal Kembali Dengan Album Solo

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga

Sumber