Pejam celik pejam celik sudah sampai penghujung Ramadan. Rasanya macam baru mula berpuasa semalam. Kami yakin mesti anda sudah membuat persiapan raya. Contohnya, beli baju raya, apply cuti, beli tiket bas atau servis kereta nak balik kampung dan sebagainya.

Tetapi, dalam banyak-banyak persiapan itu, macam mana pula dengan persiapan anda untuk berdepan soalan-soalan ‘berani mati’ daripada saudara-mara anda masa raya nanti? Terkedu kan? Kalau silap jawab, masak anda nanti.

Sebab kami baik hati hari ini, kami ingin kongsikan sedikit soalan-soalan ‘berani mati’ yang pernah kami dapat masa raya dulu-dulu. Jadi, bolehlah anda sediakan jawapan yang tepat, bernas dan padat. Bagi orang yang tanya itu terkedu pulak!

1. Dapat berapa SPM tempoh hari? Dah fikir nak sambung belajar di mana & ambil course apa?

spm oh bulan

Sesetengah orang tidak suka mendedahkan keputusan peperiksaan. Tidak kisahlah keputusan kita cemerlang atau tidak. Kalau ada juga yang tanya, jawab sahaja “Alhamdulillah, cukup-cukup makan”.

2. Semester ke berapa dah belajar ini? Bila mahu habis?

oh bulan exam time

Makcik anda datang beraya pun setahun sekali, anda pula belajar pun 3-4 tahun. Bukan sebulan dua! Nanti tahun kelima datang beraya InsyaAllah anda dah boleh jawab “Alhamdulillah, baru habis belajar.”

3. Kalau sudah habis belajar, bila hendak mula kerja?

gagal cari-kerja oh bulan

Bila anda sudah habis belajar, soalan ‘berani mati’ itu tidakkan terhenti di sini saja. Mesti mereka tanya “bila nak kerja?” pula. Yelah, kami faham anda tengah cari kerja tapi kalau mereka tanya itu dengan niat nak bagi kerja tidak apa juga kan?

4. Tak nak try minta kerja kerajaan? Banyak manfaat bila kam tua nanti

Kerja Kerajaan Ohbulan

Pilihan sama ada kerja swasta atau kerajaan adalah pilihan sendiri sebenarnya. Bagi anak muda, mesti anda mahu rasa gaji besar apabila mula kerja kan? Tidak dinafikan ada juga yang memilih kerja kerajaan sebab memikirkan manfaat pada hari tua.

Apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak. Asalkan anda ada kerja.

5. Macam mana kerja? Dapat bonus atau tidak tahun ini?

Oh bulan duit2

Ini tanya-tanya pula mahu minta belanja makan tidak pun duit raya ke? Sibuk pula mahu tahu dapat bonus atau tidak. Gaji pun kita tidak suka kongsikan, apatah lagi bonus tahunan!

6. Umur dah nak masuk 30, bila nak kahwin?

Makcik bawang Ohbulan

Sebelum mereka tanya soalan ini, mereka akan tanya dulu “Dah ada boyfriend/girlfriend ke?”. Kalau anda jawab ada, mesti mereka korek-korek rahsia pasal pasangan anda itu.

Kalau anda jawab tidak ada, soalan itu mungkin akan terhenti di situ saja atau anda akan dibahan sebab umur makin meningkat tetapi belum ada perancangan mahu kahwin.

7. Tahniah akhirnya kahwin jugak. Bila plan nak ada anak?

anak Ohbulan

Kalau anda baru kahwin sebulan dua, agak kurang logiklah soalan itu ditujukan pada anda kan? Mesti ada di antara anda yang mahu gembira dan berbulan madu duduk berdua dengan pasangan sebelum ada cahaya mata kan?

Kalau anda sudah lama kahwin, soalan tu sedikit sebanyak akan menyentuh hati sebab mungkin anda sudah banyak kali mencuba tetapi Tuhan belum beri rezeki. Jadi, banyak-banyakkanlah berdoa dan minta si tukang tanya itu tolong doakan semoga anda dikurniakan zuriat secepatnya.

Percayalah kata kami, bila anda sudah ada sorang anak, mesti ada saudara-mara yang sibuk tanya “taknak tambah lagi sorang ke?”. Geleng kepala kami dibuatnya.

8. Kenapa kurus sangat ? Sakit ke?

hey Anorld

Kadang-kadang, kita tidak tahu apa masalah saudara-mara kita ini. Bila kurus sangat kata sakit. Bila berisi pun dikata makin gemuk. Jumpa pun setahun sekali, bukan mereka nampak perubahan kita sepanjang tahun kan?

9. Belum kerja? Kamu tidak mahu beli kereta, rumah? Tidak kesian pada mak ayah? Macam ini lah, pakcik ada kerja mahu bagi.

oh bulan kerja

Awas, kami beri amaran awal-awal. Soalan ini boleh membawa anda ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kalau faham, biasanya soalan ini orang-orang yang sertai Multi Level Marketing (MLM) akan tanya.

Kalau anda kenal rapat saudara-mara anda itu dan dia pun dah bekerja lama di syarikat itu, tidak salah mahu rebut peluang. Kalau tidak, sampai bila mahu duduk menganggur kan?

Walau banyak mana soalan yang dilemparkan kepada anda ketika musim raya, banyakkan bersabar dan senyum sahajalah

senyum Ohbulan

Mahu marah balik sebab soalan-soalan itu pun tidak guna, mereka semua saudara-mara kita kan? Senyum sahajalah dan pamerkan senyuman paling menawan anda dengan bantuan Colgate Optic White ketika musim perayaan Aidilfitri kali ini.

optik white

Selepas penggunaan selama seminggu, Colgate Optic White berupaya memutihkan gigi anda* dengan menanggalkan kesan kotoran ekstrinsik.

Jom dapatkan rangkaian produk Colgate Optic White di kedai-kedai berhampiran untuk gigi lebih putih raya ini. Pamerkan senyuman menawan dengan gigi putih berseri, baru saudara-mara terdiam. Selamat Hari Raya!

*Apabila anda menggunakan seperti yang diarahkan. Untuk kesan kotoran ekstrinsik saja. Kesan mungkin berbeza mengikut individu.