Selepas lama bercinta, pasti pasangan yang bercinta mahu ke fasa seterusnya iaitu mendirikan rumah tangga tetapi pastinya banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk ke fasa tersebut.

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Twitter @ezdsh telah jadi bualan netizen apabila kisah cintanya putus ditengah jalan apabila pasangannya didapati curang apabila keluar dengan lelaki lain yang dikenali di aplikasi Omi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/ezdsh/status/1589087629265752067

Difahamkan, mereka bercinta selama 9 tahun dan dia masih lagi berusaha mengumpul wang untuk menghalalkan hubungan mereka tetapi tidak sangka kekasihnya itu tergamak untuk curang. Tambahnya, dalam masa 6 bulan ini dia sibuk bekerja dan mereka sering bertengkar, rupanya kekasihnya itu mempunyai lelaki lain dalam diam.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan kekasihnya yang curang. Malah, para netizen turut menzahirkan rasa simpati kepada lelaki terbabit dan mahu dirinya tabah menghadapi ujian ini.

https://twitter.com/NadiahRuslin/status/1589450614840627202

https://twitter.com/faktooyuutoo/status/1589446347119529984

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan bahawa curang adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan dan kesakitan pasangan yang ditinggalkan itu akan memberikan impak besar dalam hidup mereka.