Kejadian misteri yang terjadi pada pesawat Malaysia Airlines 370 atau lebih dikenali sebagai MH370 masih menjadi tanda tanya buat seluruh masyarakat dunia. Kehilangan pesawat itu tanpa ada sebarang tanda-tanda seperti bangkai atau kotak hitam pesawat pastinya mencetuskan pelbagai lagi persoalan yang tidak dijawab.

Bagi orang tersayang, kehilangan pesawat tersebut sudah pasti adalah suatu peristiwa yang sukar untuk dihadapi. Jika betul mereka semua sudah meninggal dunia, mana mayatnya? Jika benar pesawat itu jatuh, mana bangkainya?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, sempena dengan ulang tahun insiden menyayat hati itu, Netflix bakal membuat tayangan perdana sebuah dokumentari yang menyelidiki salah satu misteri terbesar dunia dengan tajuk ‘MH370: The Plane That Disapeared’.

Netflix menulis di akaun Twitter mereka, “Pada 2014, penerbangan Malaysia Airlines 370 – dan 239 jiwa di dalam pesawat – hilang. 9 tahun kemudian, kita masih tidak tahu apa yang berlaku atau siapa yang bertanggungjawab. MH370: Pesawat Yang Hilang ditayangkan pada 8 Mac.”

Dokumentasi yang menyiasat kejadian tersebut bakal menemuramah ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dan penyiasat, serta lakonan semula yang tentang apa yang mungkin berlaku di atas kapal.