Jika anda jadikan 9 teknik ini sebagai tabiat – sebahagian dari hidup, ia akan membuatkan diri anda tampil dan bercakap seperti orang pandai. Ia tidak mustahil kerana ia boleh dilatih dari semasa ke semasa.

speech on stage

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

1. Kedudukan badan yang strategik

Ia sesuai dilakukan ketika anda bercakap dengan orang ramai kerana ia memerlukan anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sebagai tanda anda sedang memperkenalkan idea baru. Tindakan gerakan badan ini akan menambahkan kekuatan pada kata-kata yang dituturkan oleh anda.

Ia juga boleh dilakukan ketika anda berbicara semasa duduk di mana anda boleh gerakkan badan ke depan semasa nak menekankan perkara-perkara penting. Lakukan ia dengan penuh keyakinan.

2. Berdiri atau duduk dengan tegak tapi santai

Ketika anda lakukan teknik nombor 1, pastikan bahasa badan anda menunjukkan diri anda itu yakin tetapi dalam keadaan tenang. Ia akan membuatkan fizikal dan mental anda lebih selesa dan dapat lancar menuturkan kata-kata. Oleh itu, anda perlu berdiri atau duduk dengan memastikan tulang belakang dalam keadaan tegak. Ini kerana, ia adalah asas kepada bahasa badan dan kemahiran bertutur dengan petah.

3. Perkataan disandarkan dengan gerak isyarat yang sesuai

Anda sudah lakukan teknik nombor 1 dan 2 dengan baik. Sekarang, perhatikan bagaimana selebriti dan jurucakap melakukan gerakan tanga yang bersesuaian dengan perkataan-perkataan yang dituturkan. Pastikan anda tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu fokus pendengar anda. Sekiranya itu berlaku, ia akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima mesej yang mahu anda sampaikan kepada mereka.

4. Pastikan dagu mendongak yakin

Kedudukan dagu boleh memberikan gambaran kepada orang yang melihat. Sekiranya dagu mendongak ke atas, ia melambangkan keyakinan, bangga dan keazaman yang tinggi. Manakala, sekiranya dagu menunduk ke bawah, ia melambangkan kekalahan, kurang keyakinan dan lemah. Dari segi kemahiran bertutur pula, kedudukan dagu yang agak menunduk ke bawah akan menyebabkan anda tidak dapat bertutur dengan jelas.

speech president

Teknik 1 hingga 4 menekankan penggunaan bahasa badan dalam menuturkan bicara anda. Bagi teknik 5 hingga 9 pula, ia akan menekankan tentang kemahiran anda dalam sebutan dan fokus kepada pendengar.

5. Bercakap dengan kuat

Teknik nombor 4 mementingkan kedudukan dagu kerana ia akan mempengaruhi kejelasan anda ketika bertutur. Ini penting kerana bercakap dengan kuat dan jelas memberi impak kepada para pendengar anda. Tapi bercakap dengan kuat bukan bermakna anda perlu menjerit.

Untuk memastikan suara anda didengari oleh para pendengar, anda perlu menguji sama ada orang yang paling belakang dapat mendengar suara anda atau tidak. Dalam masa yang sama, anda perlu pastikan orang yang berada di depan tidak rasa terganggu dengan kekuatan suara anda.

Anda juga boleh menggunakan mikrofon bagi membantu anda bersuara kuat tapi jelas atau minta pendengar datang merapati anda.

6. Guna perkataan yang difahami orang ramai

Teknik nombor 6 ini penting dikuasai bagi mengelakkan anda syok sendiri kerana berasa hebat menggunakan perkataan yang bersifat ekstravaganza. Anda boleh menggunakan perkataan-perkataan yang menarik tetapi pastikan ia adalah perkataan atau ayat yang biasa didengari dan mudah difahami oleh para pendengar.

Sekiranya anda perlu menggunakan perkataan yang tertentu, pastikan ia diterangkan menggunakan ayat yang boleh difahami para pendengar.

7. Bercakap dengan kelajuan berbeza

“Blablablablabla” atau “bla…bla…blaaaa…”

Adakah anda pernah mendengar orang bercakap laju atau perlahan? Yang mana satukah yang anda suka? Atau tak suka kedua-duanya?

Sebaik-baiknya anda amalkan kelajuan yang berbeza ketika bercakap mengikut kepentingan informasi yang mahu disampaikan pada waktu itu.

Sebagai panduan, ketika anda memberikan informasi baru kepada para pendengar, bercakaplah dengan kelajuan yang tidak terlalu perlahan atau tidak terlalu laju agar ia dapat memberi masa kepada pendengar untuk menerima dan memahami informasi yang disampaikan oleh anda.

Sekiranya anda mahu melakukan kesimpulan sesuatu topik atau menceritakan latar belakang, anda boleh bercakap dengan lebih laju berbanding ketika menyampaikan informasi baru. Oh ya! Pendengar akan berasa kebosanan sekiranya anda menggunakan satu nada suara sahaja. Be creative and fun.

8. Berhenti sekejap bila perlu

Teknik ini akan menyebabkan para pendengar anda berdebar-debar dan fikir apakah yang akan dituturkan seterusnya oleh anda. Anda hanya perlu berhenti seketika antara ayat yang mahu ditekankan kepentingannya. Ia akan membuatkan pendengar mengikuti bait-bait ayat anda.

Teknik ini juga memberi peluang kepada pendengar untuk merefleksi kepentingan informasi tersebut. Contoh terbaik bagi teknik ini ialah ucapan Martin Luther King bertajuk I Have A Dream.

9. Fokus kepada para pendengar anda

Kemahiran bertutur yang baik akan membuatkan orang mahu mendengar apa yang anda bicarakan. Ia perlu disokong dengan perhatian anda ke atas fokus para pendengar.

Elak melirik mata ke tepi kerana ia akan memberi persepsi bahawa anda tidak jujur dan sekiranya anda perlu periksa nota ketika menyampaikan ucapan, elak menundukkan kepala untuk membacanya, gunakan mata untuk melihat ke arah nota sahaja.

Anda Mungkin Suka