Lelaki ini (saya lah orangnya) kongsikan 9 tip buat jualan after Raya yang anda patut kuasai, terutama kepada anda yang mahu bajet rendah dan hampir tiada kos marketing dikeluarkan.

Walaupun tip-tip ini tak se-seksi dan se-anggun guna Facebook Ads, anda patut usha dan usaha cara ini. Ehem!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Buka WhatsApp anda.

2. Kenalpasti nombor telefon.

Cari nombor telefon prospek yang masih belum di ‘save contact’. Mesti banyak kalau dah 30 hari tak save kan? So, better save sekarang.

3. Simpan nombor telefon.

Tarik nafas, save 1 per satu. Sambil tu jangan lupa senyum. Tak kisah nak kena ambil masa berapa lama pun sebab kita sedang bina ‘kolam’ prospek. Maka, bertabahlah hati dan pegang kata kunci ini:

Fokus dan konsisten

Kalau sejam boleh save 10 nombor, 4 jam anda boleh save 40 nombor. Kalau sehari boleh save dalam 10 nombor, 30 hari dah boleh save 300 nombor. Banyak tu prospek!

4. Kumpulkan dalam satu kumpulan.

Semasa save contact number prospek, jangan lupa ‘group-kan’ supaya nanti senang nak masukkan dalam Group Broadcast (ciri yang ada dalam WhatsApp).

5. Guna kod khas.

Katakanlah malas sangat nak masukkan dalam group broadcast, it’s OK. Save saja nombor tu macam biasa. Guna nama prospek. Kalau tak ada, boleh guna kod khas untuk letak di bahagian nama prospek tu.

6. Skrip.

Lepas siap semua, anda boleh prepare skrip ‘baik punya’ untuk prospek. Pastikan beri tawaran yang meleleh sampai prospek rasa rugi kalau tak ambil offer anda.

Kalau nak bagi diskaun, bagilah diskaun. Kalau nak bagi free gift, boleh saja. Ikut suka anda. Bajet anda. Bukan saya. Hehe.

Nyatakan juga tempoh tawaran ini adalah terhad. Hanya ada untuk satu masa tertentu sahaja untuk mereka grab offer anda. Contohnya offer untuk 3 hari sahaja.

7. Buat open house.

Anda buat open house selepas skrip jualan siap. Eh! Macam banyak belanja pulak kan. Jangan risau dan jangan terkejut sangat. Ini open house alam maya saja.

Yang dah masukkan nama dalam Group Broadcast, dah boleh mula broadcast skrip tadi.

Yang malas nak masukkan prospek ke broadcast tadi, kenalah rajin sikit. Anda hantarlah skrip ini 1 per 1 kepada prospek. Ini lagi leceh sebenarnya sebab ibarat anda pergi rumah setiap orang, berbanding buat open house, semua orang ada.

Copy paste saja skrip yang anda dah buat tadi. Oops! Ucap dulu selamat hari raya, jangan main serbu saja, tersedak prospek nanti.

8. Tunggu balasan.

Tunggu prospek reply dan layan elok-elok. Kalau tak ada reply, anggap saja sekadar bertanya khabar. So, kata kunci di sini (lagi) adalah follow up.

Lagi satu, jangan ingat prospek yang tak bayar sebelum raya tu mereka dah tak minat dengan produk anda. Ada 101 sebab kenapa mereka tak buat bayaran sebelum ni. Jadi jangan buat anggapan yang membuta tuli (ini memang selalu berlaku).

9. Doa, usaha, tawakal.

Tip ini paling penting. Apa jua yang anda usaha kan, letak pergantungan paling tinggi pada Allah SWT. Selepas usaha tip-tip ini, banyak-banyakkan berdoa dan tawakal.

Buang ke tepi rasa putus asa sekiranya tak berjaya. Cuba lagi tau!

Kalau buat belum tentu dapat sale (walaupun selalunya mesti akan sangkut walaupun tak banyak). Tapi kalau tak buat memang dah confirm tak dapat hasilnya.

Penutup

Okay sampai sini saja sharing kali ini.

Tip tip ini bukan untuk digunakan selepas raya saja sebenarnya, anda boleh gunakannya pada bulan-bulan akan datang juga. Ianya flexible dan reliable apabila anda tahu jaga ‘kolam’ prospek anda sendiri.

Kalau masyuk nanti jangan lupa belanja saya.

Jadi untuk kali ni belanjalah ‘like, komen dan share’. Mungkin ada kawan yang terlepas pandang cara ini.

Good luck.