Hari ini aku akan kongsikan 9 tips hitchhiking di Jepun.

Untuk sesiapa yang ingin ke Jepun aku amat menggalakkan untuk korang hitchhike kalau nak jimat duit dari segi pengangkutan. Aku mengembara di Jepun selama 40 hari dengan bajet RM2000( aku buat volunteer projects).

tip-hitchhike-di-jepun-2

Di sini aku sertakan 9 tips hitchhike di Jepun dan mungkin boleh di gunakan di mana-mana.

1. Signboard atau kotak

Nak dapat kotak free senang je korang pergi mana-mana kedai serbaneka (Lawson,FamilyMart, SevenEleven dan SunnyMart) mintak kotak dan pinjam marker pen dan gunting biasanya mereka akan bagi korang pinjam dan tolong korang.

2. Tulisan

Jepun mempunyai 3 tulisan iaitu Kanji, Katagana dan aku lupa satu lagi. Untuk nama tempat Jepun menggunakan tulisan Kanji dan aku cadangkan tulis dengan tulisan Kanji nama tempat.

Di kedai serbaneka ada wifi free. Korang boleh check kat google maps macam mana nak tulis nama tempat korang nak pergi dengan tulisan Kanji di signboard korang.

3. Senyum

Senyuman tu penting walaupun korang penat berjalan sambil tahan kenderaan, sebab Jepun ni penuh dengan adat dan budaya. Jadi korang kena senyum semasa tahan kenderaan (boleh mula berlatih senyum di tepi jalan raya kalau ada sesiapa nak hitchhiking) hahaha.

tip-hitchhike-di-jepun-8

tip-hitchhike-di-jepun-4

tip-hitchhike-di-jepun-5

tip-hitchhike-di-jepun-3

4. Tempat menunggu atau hitchhike

Di sini korang kena guna google maps check jalan mana yang betul untuk dituju ke tempat korang nak pergi. Biasanya tempat yang paling berkesan ialah jalan sebelum ke highway, kedai serbaneka, servis area dan station minyak.

Kalau korang hitchhike silap jalan alamatnya memang tak ada kereta yang berhenti la. Jadi jalan yang betul ni penting.

5. Bahasa

Korang kena hafal beberapa ayat untuk hitchhike. Ayat yang selalu aku guna apabila ada kenderaan berhenti adalah”sumimasen (maafkan saya) ” _____ ni ikitai”. Cntoh “Osaka ni ikitai”. Maksudnya “saya nak pergi ke Osaka” dan lepas tu “tsuratete kudasai?” – boleh tumpangkan saya?

6. Memperkenalkan Diri

Biasanya aku gunakan ayat “watasiwa khairul, watasiwa Malaysia kara des“.

7. Beramah Mesra Dengan Pemandu

Aku pun tak faham apa diorang cakap dan diorang pun tak faham apa korang cakap (kebanyakannya). Jadi senaraikan beberapa topik, contohnya nama bola sepak jepun, kartun anime manga yang terkenal (doreamon, dragon ball, one peace, one punch man dan sebagainya yang korang tahu).

Masa aku hitchhiking aku siap nyanyi lagi lagu Doreamon dekat pemantu tu. Yang penting cuba hiburkan mereka sebaik mungkin.

Baca: Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket

tip-hitchhike-di-jepun-6

tip-hitchhike-di-jepun-7

tip-hitchhike-di-jepun-9

8. Belanja Pemandu Kopi

Aku biasanya akan belanja mereka kopi (100 Yen = RM3.80). Apalah salahnya belanja mereka kopi kalau nak di bandingkan dengan harga tol dan minyak yang mereka bayar.

9. Ucapkan Terima Kasih

Iini part yang paling penting tunjukkan budaya terima kasih kita pada mereka semasa turun dari kenderaan. Tunduk tanda hormat dan ucapkan “arigatogozaiimas” – terima kasih dan “matane”- jumpa lagi.

Ingat mata kita kena pandangan mata mereka supaya nampak kita ikhlas dan bersungguh-sungguh.

9 tips ini yang aku gunakan hitchhiking di Jepun. Sesiapa yang ingin ke negara matahari terbit dengan bajet yang ciput ini salah satu cara berjimat.

Selamat mengembara semua!

Baca lagi: Bagaimana Lelaki Ini ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan Lebih 2 Tahun Mengembara Tanpa Mempunyai Apa Apa