Jepun merupakan salah satu negara yang terkenal dengan amalan budaya yang unik. Sebagai seorang pelancong yang pertama kali datang, anda perlu tahu beberapa budaya mereka seperti cara memakan mee ataupun cara menerima buah tangan kerana jika tersilap anda mungkin diangap seorang yang tidak sopan.

Kekayaan budaya di jepun mungkin menyusahkan sesetengah pelancong, oleh itu kami senaraikan beberapa budaya yang mungkin anda tidak tahu untuk panduan disana nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini 11 budaya yang perlu anda pelajari sebelum datang ke Negara Matahari Terbit.

1. Nombor 4 Tidak Digemari
Di Jepun, nombor 4 tidak digunakan sama sekali kerana cara sebutannya hampir sama dengan kematian. Jika anda lihat, kebanyakan lift di sana tidak menyenaraikan langsung nombor 4. Petua kami, jika anda ingin memberi buah tangan kepada mereka elakkan ada kaitan dengan empat.
tetraphobia

2. Menghembus nafas di khalayak ramai
Menghembus nafas di khalayak ramai bukan sahaja dianggap tidak sopan, malah mengotorkan. Sebaliknya, mereka hanya menghembus nafas bila berada di kawasan tersembunyi sahaja. Jika anda tidak tahan, kami sarankan carilah tempat yang tidak ramai orang.
desktop-1424711115

3. Pemberian duit boleh dianggap seperti menghina
Tipping boleh dianggap menghina dan menjatuhkan maruah. Ia boleh mendatangkan kekeliruan, kebanyakkan mereka akan memulangkan semua duit anda. Petua kami, jika anda dibantu dan rasa terhutang budi, berikanlah hadiah dalam bentuk fizikal.
desktop-1424711378

4. Jangan makan sambil berjalan dan dalam kereta api.
Walaupun makan sambil berjalan dilihat memudahkan dan diterima umum di sini, berbeza di sana mereka menggangap ia sebagai tidak sopan. Cuma terdapat beberapa pengecualian, adalah tidak menjadi kesalahan memakan ice-cream sambil berjalan.
women-eating-ice-cream-in-japan

5. Pekerja ditugaskan untuk menolak anda masuk kedalam tren.
Oshiya, ataupun “pushers,” yang memakai uniform, bersarung tangan putih dan topi akan menolak anda ke dalam tren ketika waktu puncak. Bersedialah untuk disentuh! Tugas mereka hanyalah satu, elakkan anda daripada tersangkut di pintu tren.
oshiya-1

6. Mereka akan tidur didalam tren dengan berbantalkan bahu anda
Di sana sudah menjadi amalan biasa tidur didalam tren berbahukan orang sebelah. Perlu diingatkan, cara mereka bekerja jauh berbeza dari kita, ramai yang bekerja lebih dari 8 jam.
desktop-1424710824

7. Pakai selipar sebelum masuk
Ia menjadi satu adat untuk menukar selipar sebelum masuk dalam rumah, restoran tradisional, muzeum dan kuil. Secara amnya, jika anda terlihat ada sebaris selipar, tanggalkan kasut dan pakailah selipar tersebut.
desktop-1424709524

8. Menuang air kedalam gelas sendiri
Menjadi satu adat di negara kita menyediakan makanan kepada tetamu terlebih dahulu sebelum diri sendiri. Tetapi di Jepun, anda jangan sesekali menuang air ke gelas sendiri. Akan ada orang lain yang akan tuangkan air kedalam gelas anda.
desktop-1424712059

9. Menyedut Mee dengan kuat
Menyedut mee bukan sahaja diangap sopan malah menandakan mee tersebut sedap dan anda sedang menikmatinya. Jika anda tidak menyedut dengan kuat, boleh dianggap makanan tersebut tidak sedap. Tahukah anda, menyedut dengan kuat boleh mengelakkan daripada bibir anda melecur.
slurping-noodles-in-osaka-japan

Rujukan : Businessinsider