Pendatang biasanya bukan berasal daripada keluarga yang kaya.

Impian setiap pendatang adalah untuk berkerja kuat dan mencipta kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga berbanding kehidupan di negara asal mereka.

Sebahagian mereka berjaya meningkat ke taraf kehidupan yang lebih baik. Manakala sebahagian yang lain bukan sekadar mendapat kehidupan yang lebih, malah mencipta peluang kerja kepada ribuan orang lain.

Wall Street Journal melaporkan 51% daripada startup-startup yang bernilai bilion dollar di Amerika syarikat adalah dibangunkan oleh pendatang.

1. Peter Thiel, Pengasas-bersama Palantir

peter-thiel

Peter Thiel dilahirkan di Jerman. Dia dan keluarganya menjadi pendatang di Amerika Syarikat semenjak dia berusia satu tahun. Mereka tinggal di Cleveland, Ohio.

Thiel menamatkan pengajian dalam bidang falsafah di Stanford pada tahun 1989 dan kemudiannya mendapat J.D. daripada Stanford Law School pada tahun 1992.

Peter Thiel juga adalah pengasas Paypal bersama-sama dengan Elon Musk sebelum ia dijual kepada eBay.

Sekarang, beliau adalah Pengerusi Palantir, sebuah syarikat yang membangunkan perisian untuk mengkaji dan menganalisa manusia dan alam sekitar.

Beliau juga presiden Clarium Capital, managing partner Founders Fund, dan board member Facebook.

2. Apoorva Mehta, Pengasas-bersama Instacart

Apoorva Mehta dilahirkan di India. Kemudian beliau berpindah ke Kanada bersama keluarganya semasa berusia 13 tahun.

Beliau belajar kejuruteraan di Universiti Waterloo sebelum berkerja di Blackberry, Qualcomm dan Amazon.

Beliau berkerja di Amazon selama 2 tahun (2008-2010). Sewaktu di Amazon, beliau membina idea sendiri untuk memulakan startup.

Setelah berpindah ke San Francisco, beliau mencuba dan gagal dalam membangunkan lebih 20 produk sebelum berjaya dengan idea startup Instacart. Instacart adalah startup yang menyediakan servis penghantaran barangan runcit.

Untuk membangun, Instacart memerlukan dana. Untuk itu, Apoorva Mehta memohon untuk menyertai program inkubator YCombinator.

Instacart berjaya menjalin kerjasama dengan peruncit-peruncit yang besar di antaranya Whole Foods dan Costco.

Instacart amat popular di Amerika Syarikat dan ia digelar ‘The uber of grocery delivery.’

Nilai syarikat Instacart sekarang adalah USD 2 bilion.

3. Adam Neumann, Pengasas-bersama WeWork

adam-wework

Adam Newmann berasal dari Israel dan berpindah ke Amerika Syarikat setelah berhenti dari berkhidmat sebagai pegawai tentera laut.

Setelah berhenti daripada pegawai tentera, beliau menjalankan bisnes pakaian kanak-kanak.

Setelah itu, beliau memulakan startup WeWork. WeWork bermula dengan lokasi pertama hanya dengan keluasan 3,000 kaki persegi dengan lantai buruk dan berbunyi apabila dipijak.

WeWork adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan ruangan kerja bulanan. Ahli yang berdaftar dengan WeWork akan mendapat akses ke puluhan rangkaian ruangan kerja yang berada di negara Amerika, Jerman, Israel, Kanada, China, Netherlands dan United Kingdom. Selain akses ke ruangan kerja, mereka juga akan dapat hadir ke acara-acara yang dianjurkan oleh WeWork.

Dalam masa terdekat, WeWork akan menambah rangkaian ruangan kerja di lokasi baru iaitu Mexico City, India, Seoul, Hong Kong, dan Sydney.

WeWork mempunyai 30,000+ ahli yang menggunakan perkhidmatannya.

Nilai syarikat WeWork sekarang adalah USD 16 bilion.

Baca: Semangat Saja Tidak Cukup, Ini 7 Cabaran Terbesar Perlu Usahawan Baru Lepasi

4. Renaud Visage, Pengasas-bersama Eventbrite

renaud-visage

Renaud Visage dilahirkan di Perancis dan mendapat Ijazah di Universiti Cornell dan École Centrale de Lyon.

Beliau memulakan kerjaya sebagai perunding alam sekitar sebelum mengasas dan membangunkan Eventbrite.

Beliau mengasaskan Eventbrite bersama-sama Kevin dan Julia Hartz pada tahun 2006 yang beribu pejabat di San Francisco.

Eventbrite adalah platform atas talian yang menghubungkan penganjur dan peserta sesuatu acara.

Jumlah dana yang telah diterima Evenbrite adalah USD 199 juta.

5. Brian Lee, Pengasas-bersama The Honest Company

brian-lee

Brian Lee berasal dari Korea Selatan dan belajar di Universiti of Carlifornia dalam bidang undang-undang.

Beliau meninggalkan karier sebagai peguam untuk membangunkan 3 syarikat yang berjaya iaitu: LegalZoom, ShoeDazzle dan The Honest Company.

6. Amr Awadallah, Pengasas-bersama Cloudera

amr-awadallah

Amr Awadallah dilahirkan di Mesir. Beliau mendapat Ijazah Keuruteraan Elektrik dari Universiti Kaherah.

Setelah berpindah ke Amerika Syarikat, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Stanford pada tahun 2007.

Awadallah mengasaskan Cloudera pada tahun 2008 dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Teknologi(CTO).

Jumlah dana yang telah diterima Cloudera adalah USD 1 bilion.

7. Elon Musk, pengasas Tesla

elon-mask

Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, semasa berusia 17 tahun, beliau berpindah ke Kanada dan tinggal bersama saudara-mara ibunya. Beliau hidup dengan 1 dolar sehari memakan hot dog dan oren.

Beliau mengasaskan Paypal, Tesla dan SpaceX.

Beliau terkenal kerana suka mengambil risiko yang tinggi untuk berinovasi. Beliau pernah dibuang daripada CEO Paypal kerana banyak mengambil tindakan yang amat berisiko. Tetapi, setelah beliau kembali memegang jawatan di Paypal, beliau berjaya membangunkan Paypal dan kemudiannya dijual kepada eBay.

Syarikat Tesla juga pernah jatuh dengan teruk. Elon Musk berjaya membuat ‘pusingan’ dan syarikat Tesla berkembang hebat seperti sekarang.

Nilai syarikat Tesla sekarang adalah USD 13.5 bilion.

8. Patrick Collison, Pengasas-bersama Stripe

patrick-collision

Patrick Collison dilahirkan di Ireland. Dia menyertai kursus komputer pertama semasa berusia 8 tahun di Universiti Limerick.

Pada tahun 2005, beliau menang di Young Sciencetist and Technology Exhibition.

Pada tahun 2010, beliau mengasaskan Stripe dan mendapat sokongan daripada Peter Thiel dan Elon Musk.

Nilai kekayaan Patrick Collison adalah USD 750 juta dan umur beliau baru 27 tahun. Beliau tinggal di San Francisco.

9. Garret Camp, pengasas Uber

Garrett_Camp_(3839207848)

Garret Camp dilahirkan di Calgary, Kanada. Beliau belajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Calgary.

Beliau berpindah ke San Francisco untuk membangunkan StumbleUpon dan menjualnya kepada eBay untuk memulakan Uber.

Nilai kekayaan Garret Camp adalah USD 6.2 billion.

Baca: Lihat Pada Usia Berapa 21 Usahawan Power Ini Buat Sejuta Dan Billion Pertama

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →