Saluran Vocket TV bermula pada 9 Jun 2015 memandangkan ramai gemar menonton video dalam masa yang singkat tanpa penerangan yang panjang. Kini, selepas 6 bulan Vocket TV beroperasi, sebanyak 870 video yang menarik telah dipilih untuk peminat Vocket. Daripada jumlah itu, saya tampilkan 9 video paling popular di Vocket TV 2015.

9. Bila Waktu Rehat Di Sekolah Jepun Bukan Hanya Sekadar Untuk Makan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jepun

Kagum dengan cara Jepun mendidik generasi muda mereka. Ini memang betul-betul melentur buluh dari rebung.

8. 5 Artis Tiru Gaya Kumpulan Elite. Memang Kelakar

parodi-elite

Nad Zainal , Marsha Milan, Nabila Huda, Sherry Alhadad & Jihan Muse bergabung jadi Elite versi ciplak.

7. Perempuan Main DOTA? Jom Kita Dengar Apa Kata Mereka

dota

Dokumentari ringkas tentang seorang perempuan yang bernama Yani dalam dunia DOTA.

6. 6 Lelaki Diletak Dalam Gelap Bersama-Sama. Bila Lampu Dibuka Mereka Terkejut

6 lelaki ini diletakkan dalam gelap bersama-sama dan dibiarkan berkenalan dan berbual bersama. Apabila lampu dibuka mereka sangat terkejut

5. Kami Rasakan Lelaki Ini Adalah Penternak Kutu Paling Banyak Dalam Dunia

rambut kutu

Kami yakin jika lelaki ini dihantar ke Yun Nam, mereka akan bunuh semua kutu tersebut!

4. Pukulan Yang Cantik Dan Kurang Ajar Ini Berjaya Menewaskan Lee Chong Wei

lee chong wei

Hans-Kristian Vittinghus tahu bagaimana untuk mendapatkan mata dengan bergaya.

3. Lihat Apa Yang Ada Di Bawah Papan Gelongsor Air Ini. Memang Gila

Papan Gelongsor Royal Flush ini terletak di BSR Cable Park di Waco, Texas. Bawa kami ke sini please.

2. Lihat Reaksi Orang Korea Bila Lihat Gambar Artis Popular Wanita Sekarang

korea

Paling tak tahan sewaktu mereka meneka umur Nora Danish. Juga lihat reaksi mereka sewaktu melihat gambar Emma Maembong dan Hanis Zalikha.

1. Pemandangan Highland Towers Yang Menakutkan Dirakam Oleh Drone

Kumpulan OFO menjejak hantu di Highland Towers menggunakan drone dan GoPro. Rakaman yang seram, tetapi unik.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram