Lambakan smartphone masa kini mungkin akan membuat akan buntu. Ditambah pula dengan telefon berspesifikasi canggih masa kini mungkin membuatkan anda semakin susah untuk membuat pilihan.

Adakah anda kategori pengguna yang mahukan telefon mid-range yang harganya tidak begitu mahal namun masih tidak melupakan soal fungsi-fungsi canggih yang tersedia pada telefon high-end?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika itu yang anda mahukan, saya cadangkan Asus Zenfone 3. Asus telah mula menjadi minat orang ramai setelah model-model terbaru yang dikeluarkan berjaya memuaskan orang ramai. Berikut merupakan 10 sebab anda perlu mendapatkan Asus Zenfone 3:

  1. Sebuah telefon yang premium dengan harga mampu milik

15000681_10154719298104116_2107211292806846945_o

Mungkin agak mudah untuk memilih telefon high end pada kini dengan harga yang mencecah RM3000 hingga RM4000 ringgit namun mahukah anda jika terdapat sebuah telefon mid-range yang bermula dengan harga RM1159 sahaja. Sebuah harga yang tidak ramai pengeluar telefon di luar sana mampu sediakan dengan rekabentuk yang kemas dan berkualiti.

Hadir dengan warna Moonlight White, Shimmer Gold and Sapphire Black serta penggunaan material metal di bahagian belakang benar-benar menyerlahkan quality Asus Zenfone 3 ini. Saya lebih suka dengan warna Sapphire Black yang tampak lebih elegen serta kemasan warna hitam yang berkilat di bahagian belakang.

2. Telah memenangi lebih 721 anugerah smartphone seluruh dunia

15000030_10154719174324116_1564903716256514925_o

Percaya atau tidak, Asus Zenfone telah berjaya merangkul lebih 721 anugerah termasuk anugerah ‘good design award 2016’. Cukup untuk meyakinkan anda telefon ini bukan memfokuskan kepada rekabentuk semata-mata malah berjaya untuk menjadi telefon yang selesa untuk digunakan pada jangka masa yang lama.

3. Telefon yang dicipta untuk fotografi

15002300_10154719175354116_1817371263915693396_o-1

Tahun 2016 merupakan tahun yang dimana setiap pengeluar berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon dengan kecekapan kamera yang terbaik. Jika tahun-tahun sebelum ini best smartphone kamera didominasi oleh Samsung dan Apple, kini Huawei mula untuk menjadi pencabar terbaru.

Walaubagaimanapun, kesemua telefon berikut hadir dengan harga yang agak tinggi. Untuk sebuah telefon mid-range, saya cadangkan Asus Zenfone 3. Penggunaan kamera 16 megapixel dengan image sensor IMX 298 membolehkan anda mengambil gambar dengan cantik dan jelas.

zenfone-3-ois

Apa yang lebih mengujakan adalah Asus Zenfone 3 dilengkapi dengan OIS dan EIS. Maksudnya sebarang gambar yang diambil pasti tampak lebih jelas tanpa gegaran. Best bukan? Dan ya, siapa sangka telefon yang berharga mampu milik ini juga menyokong 4K Video membolehkan video diambil nampak lebih detail dan warna yang dihasilkan juga lebih dinamik.

Sudah menjadi trend pada tahun ini dimana kamera akan lebih timbul berbanding badannya. Asus Zenfone 3 juga tidak terlepas. Namun, dengan penggunaan Sapphire lens protection, masalah kamera tercalar tidak lagi akan berlaku.

4. Pemilihan material yang berkualiti dan premium

15016256_10154719178144116_2007437778985010504_o-1

Terdapat beberapa perkara kecil yang membuatkan Asus Zenfone 3 menarik di mata saya. Salah satunya adalah ciri-ciri yang ditambah pada Zenfone 3 ini sendiri. Salah-satunya adalah penggunaan gorilla glass. Anda mahukan telefon yang ringan dan kukuh, Zenfone 3 adalah jawapannya.

Agak jarang sekali untuk melihat pengeluar telefon yang meletakkan gorilla glass di bahagian belakang telefon yang membolehkan telefon anda drpd mudah pecah dan retak. Penggunaan material alluminium alloy dipilih bagi membolehkan telefon ini lebih ringan serta tahan lasak. Good job Asus.

Selesai membincangkan soal protection telefon ini. Tidak dilupakan juga Zenfone 3 mempunyai rekabentuk yang slim.

14917043_10154719300764116_6801318887726842522_o

5. Fungsi pengimbas cap jari yang pantas

15002261_10154719191759116_5385429927954336639_o

Jika sebelum ini fungsi ini cuma tersedia buat smartphone high-end kini tidak lagi, fungsi ini juga tersedia buat Asus Zenfone 3. Apa yang lebih menarik, fingerprint sensor daripada Zenfone 3 ini membolehkan anda unlock smartphone anda secepat 0.2 saat sahaja. Pantas betul.

6. Performance yang mantap

15002392_10154719196284116_1186283762216318794_o

Asus Zenfone 3 dilengkapi dengan pengguna cip pemprosesan Qualcomm Quad-Core 2.0 GHz Snapdragon 625. Antara cip terbaru yang dihasilkan daripada Qualcomm. RAM 4GB dan GPU Adreno 506 bakal memberikan kepuasan buat pengguna untuk bermain sebarang apps atau game tanpa sebarang masalah.

Penggunaan cip ini bukan sahaja membolehkan menikmati multitasking yang pantas tanpa lagging, malah berjaya untuk menjimatkan bateri sehingga 35%. Teknologi yang jarang kali hadir buat smartphone mid-range.

7. Sokongan LTE dan dual-sim

14990928_10154719199434116_3133404057732857038_o

Adakah telefon anda seringkali gagal untuk mendapat signal internet yang kuat? Selain masalah telco, smartphone itu sendiri juga memain peranan penting. Dengan Zenfone 3 anda tidak lagi perlu risau dengan penggunaan modem yang terbaru. Masalah internet tidak lagi akan berlaku sebaliknya anda boleh terus surf seperti biasa.

Lebih menarik, Zenfone juga berjaya memuatkan slot Micro SD dan dual-sim serentak pada sebuah telefon yang nipis ini. Pengguna diberi pilihan untuk memuatkan kad memori Micro SD sehingga 2 TB. Cukup untuk simpan segala gambar dan movie di dalam satu smartphone.

8. Zen UI 3.0

14976838_10154719202524116_3482102370074225266_o

Seperti telefon Android yang lain, Asus tidak mahu mengehadkan pengguna kepada user experience yang sama. Dengan penggunaan Zen UI 3.0, pengguna boleh mengubah suai atau customize telefon mereka mengikut citarasa sendiri. Penggubahan themes, wallpaper serta keyboard antara yang dijanjikan Asus buat penggunanya. Cool!

9. Sokongan HD Audio

14939356_10154719210624116_3647082422158451324_o

Tidak banyak pengeluar telefon yang mementing soal audio ketika ini dan nampaknya Asus berjaya untuk menyertakannya di dalam telefon mereka.

Dibantu oleh Smart AMP dan teknologi Smart Master membolehkan Asus Zenfone 3 menghasilkan audio yang terbaik dan kuat. Buat anda yang sering meletakkan telefon di dalam flip case atau di dalam beg tangan serta sering terlepas panggilan berikutan bunyi telefon yang perlahan, mungkin peralihan ke Zenfone 3 adalah yang terbaik buat anda.

10. Harga

Tidak dinafikan, Asus Zenfone bukanlah telefon yang sesuai buat mereka yang heavy-user atau mereka yang sudah terbiasa dengan telefon high-end. Ciri-ciri ini lebih tersedia buat Asus Zenfone 3 Deluxe berbanding model Asus Zenfone 3.

Dari segi harganya, jelas Asus Zenfone 3 merupakan sebuah smartphone mid-range. Walaubagaimanapun, jelas Asus mahu mendominasi kategori ini dengan fungsi-fungsi yang diumumkan dimana pengeluar telefon lain gagal untuk sediakan.

Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar dan senarai aplikasi yang kerap anda gunakan adalah Whatsapp, Telegram, Instagram dan Facebook kami jangkakan Asus Zenfone 3 bakal memenuhi kehendak anda.

Harga dijual ketika ini adalah RM1,499.00 dan anda boleh dapatkannya secara promosi dengan harga RM1,159.00 di Lazada. Dapatkannya dengan klik di sini.