Jika anda memang peminat makanan atau mengikuti perkembangan chef-chef ternama, mesti pernah terdengar tentang Michelin Star. Bintang Michelin ini sebenarnya satu pengiktirafan kepada pengusaha restoran dan chef dan ia satu pengiktirafan yang sangat diidamkan ramai.

Pada Michelin Star Revelation 2023, sebanyak 97 restoran Malaysia diumumkan membuat penampilan sulung di majlis anugerah pengiktirafan gourmet yang julung kali diadakan semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Senarai penuh restoran yang menerima Michelin Star telah dikongsikan di media sosial dimana meliputi restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Di Kuala Lumpur, restoran terpilih Michelin Star baharu termasuk Skillet, Sri Nirwana Maju, Nadodi, Gai, Cilantro, Anjo dan banyak lagi.

Manakala di Pulau Pinang, restoran baharu yang dipilih oleh Michelin termasuk Air Itam Sister Curry Mee, Bibik’s Kitchen, Jawi House, Pitt Street Koay Teow Soup, Gen dan banyak lagi. Senarai restoran tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali mereka yang memang peminat makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat dan ada daripada mereka yang tidak bersetuju dengan senarai yang dapat Michelin Star ini.

Malah, ada juga netizen yang bersyukur ‘port’ tempat makan kegemaran mereka tidak masuk dalam senarai kerana bimbang akan diterjah ramai pelancong sehingga tidak dapat nikmati makanan kegemaran mereka.

Segelintir netizen turut mengucapkan tahniah kepada restoran-restoran yang menerima pengiktirafan dan tidak sabar mahu mencuba hidangan enak di restoran mereka.