Sebagai peminat kereta tidak kiralah lelaki atau perempuan, sudah pasti kita dapat kenal pasti model-model kereta dengan betul walaupun hanya mendengar bunyinya sahaja daripada jauh.

Ada seorang guru @ffarahinnn_ telah berkongsi satu rakaman video di mana pelajarnya mampu meniru bunyi kereta dengan hanya mengguna mulut. Lebih menarik lagi pelajar tersebut boleh mengubah bunyi tersebut sama seperti model kereta Ford Mustang, Toyota Supra dan Audi R8.

@ffarahinnn_

i was amazed had to record it to show this to my husband and decided to keep here for my memories ❤️

♬ original sound – ffarahinnn_ – ffarahinnn_

@faizizzansupra

Reply to @nizzx34 take it or leave it 😊 #jdm #fyp #r34 #r35 #v6 #vq35de

♬ original sound – Muhammad Faiz Izzan – Muhammad Faiz Izzan

Hantaran video itu telah meraih lebih 4.4 juta tontonan dan lebih 6,000 perkongsian komen daripada pengguna TikTok dari dalam dan luar negara. Ternyata orang ramai terkejut dan berasa kagum dengan kemampuan remaja lelaki itu untuk membuat tiga bunyi kereta berbeza dalam masa satu minit sahaja.

Tambah netizen lagi, bunyi yang dibuat itu ternyata sangat mirip dengan bunyi kereta sebenar. Nampak begitu mudah dia lakukan seolah-olah remaja itu ‘menelan’ pelbagai jenis enjin dan ekzos kereta masuk ke dalam tubuh badannya.

Sumber Gambar: TikTok @ffarahinnn_
Sumber Gambar: TikTok @ffarahinnn_
Sumber Gambar: TikTok @ffarahinnn_
Sumber Gambar: TikTok @ffarahinnn_

Jika anda turut terhibur dan berminat dengan bakat remaja ini, anda boleh lihat lagi pelbagai video bunyi-bunyi kereta JDM, sportcar, supercar dan hypercar lain yang ditirunya melalui Tiktok @faizizzansupra.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat hasil kreatif sekumpulan pelajar  yang membuat reka bentuk majalah sekolah mereka ala-ala antara muka platform Netflix.

Kreatif Dan Tidak ‘Cliche’, Netizen Cemburu Lihat Majalah Sekolah Ala Netflix Remaja Ini

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

Jual Lukisan Berharga 50 Sen Di Shopee, Hasilnya Buat Netizen Terhibur

Sumber