Sebut mengenai jenama Porsche pasti orang ramai sudah mengetahuinya. Menawarkan seleksi kereta sukan khusus buat peminat automotif, Porsche pada minggu ini telah melancarkan 992 Porsche 911 Carrera S dan Carerra 4S buat pasaran Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance.

Dari segi rekaan, Porsche nampaknya tidak membuat perubahan yang ketara pada model keluaran mereka. Percaya kepada rekaan yang berkonsepkan timeless yang dihasilkan mereka, model terbaru ini hadir dengan saiz yang sama seperti model sebelumnya.

https___api.thedrive.com_wp-content_uploads_2019_01_carrara-hero

porsche_911_992_203

porsche_911_carrera_4s_2

Antara perubahan yang dapat dilihat adalah penyertaan lampu LED pada lampu hadapan dan belakang yang menampakkan sisi moden model ini. Porsche 911 ini hadir dengan rim bersaiz 20-inci pada bahagian hadapan manakala rim pada bahagian belakang

Tidak sah rasanya jika membincangkan model Porsche 911 tanpa mengulas mengenai enjin dimana kedua-dua disertakan enjin 3.0 liter turbocharge. Dari segi prestasi, generasi terbaru Porsche 911 ini mampu memecut 0-100km/h dalam jangka masa 3.7 saat sahaja. Sekiranya pecutan ini tidak cukup bagi anda, penyertaan Sports Chrono Pack bakal membolehkan anda mendapat pecutan 0-100km/h dalam 3.5 saat sahaja.

porsche_911_992_202

Dari segi harga, Porsche 911 Carerra S mula ditawarkan dengan harga permulaan RM1.15 juta manakala Porsche 911 Carerra 4S hadir dengan harga RM1.22 juta. Masing-masing disertakan dengan empat tahun waranti serta penyelenggaraan percuma termasuk alat tukar ganti.