Rumah dengan pemandangan laut yang indah sememangnya menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin mencari ketenangan. Satu hasil karya syarikat arkitek terkenal Australia, Modscape Concept, pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang melihat rumah ini berasa kagum dan tertawan.

Modscape Concept tampil dengan rekaan berani rumah di pinggir tebing yang benar-benar memberikan pemiliknya pemandangan laut 180 darjah yang amat menarik. Rumah yang dikenali sebagai ‘Cliff House’ ini terletak di Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pergerakan dari satu aras ke aras yang lain juga turut menggunakan lift sepenuhnya bagi meningkatkan lagi nilai moden pada rumah ini. Hiasan dalaman rumah ini dilengkapi dengan tema warna putih sepenuhnya sebagai warna yang sinonim dengan ketenangan. Jika dilihat pada pelan rumah, garaj terletak di bahagian atas sekali diikuti dengan 4 tingkat ruang kediaman di bawahnya.

Modscape-Cliffhouse4

Cliff_House_by_Modscape_Concept_internal_1

Rumah konsep ini dibina dengan bingkai keluli dengan panel gelas berasingan yang hanya boleh dipasang secara langsung di tapak projek. Sepadan dengan seni bina rumah ini yang sangat minimalis, pereka dalaman rumah ini mengesyorkan pemilihan perabot yang ringkas untuk lebih menonjolkan tarikan utama iaitu pemandangan laut yang cantik.