Perbuatan menghisap rokok bukan sahaja membinasakan diri sendiri bahkan lebih teruk lagi akan membawa bahaya kepada orang sekeliling tanpa disedari.

Tahukah anda bahawa individu yang menjadi perokok pasif atau second hand smoker ini sebenarnya lebih merbahaya? Malah, anda berpotensi menghidap pelbagai penyakit kronik dek kerana menghirup asap rokok secara tidak sengaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini telah diperlihatkan oleh seorang wanita menerusi video TikTok miliknya yang mana memaparkan implikasi yang dihadapinya akibat orang sekeliling merokok.

Menurutnya, dia bukanlah seorang perokok tetapi orang di sekelilingnya ada yang merokok. Lebih teruk lagi apabila sudah empat kali dimasukkan ke dalam wad. Dapat dilihat keadaan beliau sangat teruk apabila perlu memakai alat pernafasan di samping terpaksa mengharungi rawatan titisan IV.

Video tersebut telah tular yang mana berjaya meraih sehingga 3.2 juta views, 451.9K likes dan 15.1K shares.

@anishalyatie

That’s why kena ada common sense. 4X Warded sebabkan yang sama now i got asthma 🥹🙏🏻 #asthma #bronchitispneumonia #bronchitis #asthmaattack

♬ Rapuh (Acoustic) – zheff official

Menerusi tinjauan di komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen terhadap video berkenaan. Rata-ratanya netizen mendoakan agar beliau beransur pulih dan meminta para perokok mengambil iktibar dengan perkongsian itu.

Sumber Gambar: TikTok @anishalyatie
Sumber Gambar: TikTok @anishalyatie

Malah, ada yang turut berkongsi kisah gelap yang dialami oleh keluarga terdekat bahana menjadi perokok pasif tanpa disedari.