Susulan kes melanggar kontrak penggambaran sebuah drama, penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Idris Khan telah sepakat untuk selesaikan secara baik kes terbabit di luar mahkamah.

Menerusi perkongsian Idris Khan di Instagram, A. Aida telah menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut ketika perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CkaT1s4yy39/

Bukan itu sahaja, Idris juga diperintahkan untuk membayar RM3,780 kepada plantif serta tidak boleh menfailkan saman malu kepada A. Aida. Menerusi laporan, defenden pertama iaitu Amelia Henderson kekal dengan keputusannya sebelum ini untuk meneruskan perbicaraan.

Sekadar makluman, A. Aida yang juga penerbit drama Sekali Lagi Cinta Kembali mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia dan Idris berikutan penarikkan diri mereka daripada membintangi drama tersebut pada saat akhir sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian.