Khas untuk ibu bapa yang bergaya dan mahu anak mula bergaya dari kecil, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mendapatkan stroller ini dahulu.

A Bathing Ape berkolaborasi sekali lagi bersama jenama AirBuggy untuk kereta sorong bayi yang awesome ini. Ianya tidak jauh beza dengan model yang sebelum ini dan hadir dengan tiga pilihan warna.

Kereta sorong ini akan mula dijual pada 5 Mei depan di semua butik A Bathing Ape. Tiada harga rasmi dikeluarkan ketika ini tetapi untuk model kolaborasi yang lalu, kereta sorong Bathing Ape x AirBuggy dijual kembali pada harga USD3,000 (RM11,790+-) di laman eBay. Kalau berminat boleh minta teman di Jepun untuk cuba belikan untuk anda.

a bathing ape 1

a bathing ape 2

a bathing ape 3