BAPE by Bathing Ape. Sekali dua turun naik Jepun, meredah beberapa store di sekitar Tokyo, aku boleh simpulkan barangan dari jenama BAPE ini bukanlah mudah untuk didapatkan. Ikut nasib. Lebih-lebih lagi jika kau mahu yang Rare.

Aku pernah katakan dahulu, jika benda tu RARE di Malaysia, ia pasti berkali ganda RARE di Jepun. Lagipun buying power mereka memang tinggi. Sehelai t-shirt BERMULA pada harga ¥7,000; for them just like RM70, while for us it is RM280 and this make only certain people in Malaysia willing to spend that much.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Berikut aku senaraikan 7 poin yang kau orang perlu tahu tentang tatacara pembelian barangan BAPE ini terutama jika berkunjung ke Jepun.

1. No photo 📸🚫
Ini kau orang perlu faham dan hadam. Kebanyakan stor di 🇯🇵 mengamalkan polisi no photography inside their premise. Kalau dah ambil gambar tak boleh apatah lagi nak buat Live Update.

2. Harga 🏷

Ape 2
Buat yang baru nak mencuba, sehelai tee basic dijual pada harga ¥7,000 (RM280) jika kau bawa passport bersama. Jika tiada, kau tambah lagi 8% for tax purpose. Ini cuma harga jualan di kedai, tidak termasuk kos pengangkutan, makanan, tenaga & masa jika kau mengirim kepada kawan mahupun kenalan.

3. Lokasi 🚶🏻
Ada beberapa lokasi Bapestore di sekitar Tokyo. Harajuku, Shibuya & Exclusive Aoyama. Jarak perjalanan (jalan kaki) dari stesen terhampir adalah kira-kira 600m-1km. Kau kira lah berapa langkah tu. Tercabut kaki.

4. Queue 🚭

Ape 3
Untuk items bersifat kolaborasi atau edisi terhad, kau perlu Q untuk mendapatkannya. Kau boleh start Q from 7am in the morning, jaga tatatertib (tak boleh hisap rokok sesuka hati). Normally new realease drops on Saturday morning (jadi kau rancang lah perjalanan). Sungguhpun begitu biarpun kau orang pertama Q, kau akan diberikan Q number dan sekali lagi kau perlu mencabut raffle ticket in order to define whoever go inside the store 1st, dalam erti kata lain kau beratur sebelum subuh pun belum pasti menjamin kau dapat membeli. Cuma jika datang awal kau masih berpeluang Q, jadi jika kau lambat nombor habis maka berhuhuhu lah kau.

5. Re-stock 📦
Several items akan di restock by surprise. Boleh jadi Saturday morning or any other days. Di sini usaha dan nasib memainkan peranan. Kau percaya pada rezeki kan?

6. Timeframe to make a purchase

Ape 1
Untuk pembelian pada hari edisi limited & kolaborasi, kau hanya boleh masuk ke dalam store, (normally no phone calls allowed inside the store) make a purchase, pay then walk away. Sorry, tak boleh pun kau tinjau-tinjau dalam kedai.

7. Return or exchange
Sorry, u have no chance as the purchase is final. Tapi apa ada hal kau still boleh jual di luar sana (baca resale) unless kau tinggal dalam gua memang tak terjual lah. Join the community, easy.

8. Paperbag 🛍
Benda ni boleh buat bergaduh. But believe me, bila kau purchase several items mereka akan insert all those dalam satu beg besar, nasib kau baik kau boleh minta dua tiga paperbag kecil.

9. Siapa yang beli
Mengikut kajian, selain dari warga Jepun sendiri (peratusan kecil) yang membeli dapat diperhatikan ia menjadi must buy items for people travelling from Malaysia (some of us), China, Filipina, Taiwan, Thailand, Indonesia. The competition is high!

Aku ingat nak beri 7 poin, dah terlebih pula. Biasalah bila adrenalin mengalir laju, idea pun mencurah-curah. Nanti aku ulas pula bagi jenama SUPREME. Jika kau rasa benda ini bermanfaat untuk kawan-kawan kau yang minat, kau sebarkan lah ke serata alam. Share tahu!

Catatan,
Sharil Azri
Tokyo, 🇯🇵

Artikel di atas disumbangkan oleh Sharil Azri. Beliau adalah pengembara kacak di TRAVELLUTION. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka