Filem A Dog’s Journey merupakan sekuel kepada filem A Dog’s Purpose yang diadaptasi daripada novel A Dog’s Journey pada 2012 oleh W. Bruce Cameron. Filem ini mengisahkan kehidupan seekor anjing, Bailey yang terpaksa melalui proses reincarnation iaitu kehidupan semula selepas kematian dalam bentuk atau badan yang berbeza.

Bagi anda yang masih belum menonton filem A Dog’s Purpose sebelum ini, anda disarankan menontonnya terlebih dahulu supaya anda dapat memahami dan menghubung kaitkan adegan-adegan yang diselitkan di dalam sekuel kedua filem ini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

A-Dogs-Journey-5

Pada permulaannya, kehidupan semula pertama Bailey yang terpaksa berada dalam badan Molly agak mencabar, namun pertemuan dengan CJ sewaktu zaman kanak-kanak, membuatkannya gembira kerana berjaya menunaikan hasrat Ethan. Sebelum ini, Bailey telah menjadi “sayap kanan” kepada CJ dan bersama-sama menjalani kehidupan sehingga zaman remaja CJ.

Misi Bailey yang sebenarnya adalah untuk menyatukan kembali CJ dan rakan baiknya sewaktu kecil, Trent. Sepanjang misi itu dijalankan, Bailey telah beberapa kali menghadapi kematian dan menjalani kembali kehidupan semula selepas kematian sebagai Big Dog dan Max.

A-Dogs-Journey-2

A-Dogs-Journey-678×381

A-Dogs-Journey-3

Kehidupan Bailey sebagai Max, seekor anjing berbaka kecil merupakan strategi baru Bailey untuk bertemu dengan CJ dan membantu CJ menjaga Trent yang menghidap barah dan melihat bagaimana Trent membantu CJ untuk mengatasi ketakutan beliau di atas panggung untuk melalukan persembahan di khalayak umum.

Pada babak yang seterusnya, CJ telah disatukan kembali dengan Ethan dan Hannah melalui bantuan Trent dan juga Ethan. Meskipun pada babak kali ini, Bailey masih hidup sebagai Max, kedua-dua mereka masih tetap mengenali Bailey.

A-Dogs-Journey-4

A-Dogs-Journey-1

Kami berikan 8.5/10 untuk filem ini kerana ianya tidak membosankan dan tidak akan membazirkan waktu anda. Filem ini hanya akan menyebabkan anda beremosi dan berlinangan air mata terutama sekali buat anda yang mempunyai haiwan peliharaan. Filem penuh emosi ini sangat berbaloi untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat yang akan menimbulkan rasa kasih sayang kepada haiwan, lebih-lebih lagi haiwan peliharaan anda.

Jangan lupa untuk sediakan tisu sebelum anda menonton filem ini di pawagam berhampiran.