3 bulan selepas Netflix berjaya mengikat kontrak bersama Raja Bollywood iaitu Shah Rukh Khan, kini syarikat ini sedang berusaha untuk membawakan seorang lagi watak yang tidak asing dalam scene Bollywood iaitu Aamir Khan.

Berdasarkan apa dilaporkan, perjanjian bersama Aamir Khan ini bakal membawakan kesemua karya Aamir Khan Productions ke Netflix. Selain itu, filem terbaru Aamir Khan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu ‘Thugs of Hindostan’ antara yang bakal menjadi filem exclusive dibawah Netflix.

Perjanjian ini mungkin antara yang dinantikan buat para peminat Bollywood. Man tidaknya, filem-filem yang telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini seperti Lagaan, Taare Zameen Par, Dangal and Dhobi Ghat antara yang bakal tersedia buat tontonan kelak.

Dikatakan kerja keras untuk mendapatkan penonton yang meminati filem Bollywood serta penonton khusus di India adalah bagi membolehkan mereka bersaing dengan lebih kompetitif bersama Amazon Prime Video. Ketika ini, Amazon Prime Video lebih menjadi pilihan utama Rakyat India berdasarkan caj ditawarkan serta konten yang lebih banyak.

Selain India, China antara negara yang mempunyai ramai penduduk menonton video penstriman. Mungkin selepas ini, anda boleh mengkakan banyak filem dari kedua-dua negeri ini bakal disertakan di dalam Netflix selain filem keluaran Hollywood.

Sumber