Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Minggu ini telah menyaksikan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak mulai ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Di sebalik pelbagai pujian serta komen dan kritikan terhadap filem Mat Kilau, Syafiq Yusof selaku adik kepada pengarah Syamsul Yusof tampil dengan sebuah tweet di Twitter yang secara tidak langsung mengundang perhatian netizen.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi tweet yang dikongsikan, Syafiq Yusof memaklumkan abangnya mempunyai golden touch yang sama seperti bapanya iaitu Yusof Haslam sewaktu muda.

Beliau juga turut mengakui dirinya masih belum mendapat rentak penghasilan filem yang membuatkan filem tersebut terkadang laku manakala terkadang sebaliknya. Walau bagaimanapun, beliau akui akan terus berusaha kerana rezeki semuanya ketentuan Tuhan.

Tweet ringkas Syafiq Yusof ini nampaknya turut meraih perhatian netizen yang berpendapat beliau juga tidak kurang hebatnya. Malah, terdapat netizen yang memuji gaya kreativiti Syafiq Yusof yang hebat menerusi beberapa filem terbitan beliau seperti Desolusi dan SAM. Berikut merupakan antara respon netizen daripada tweet Syafiq Yusof.

Menerusi respon daripada para netizen, pastinya ramai yang mengharapkan agar Syafiq Yusof terus berkarya dan jika direzekikan Tuhan, beliau juga mampu menjadi antara pengarah terhebat Malaysia dengan meraih jumlah kutipan yang memberangsangkan.

Tular pada minggu ini apabila resort mewah yang pernah menjadi lokasi shoot filem Senario ini kini sudah menjadi tapak terbengkalai.

Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai

Raih Kutipan Sebanyak Sejuta Ringgit Dalam Sehari, Filem Mat Kilau Dipuji Penonton