Lorong kecemasan merupakan salah satu lorong yang sering disalah guna oleh segelintir pengguna jalan raya tanpa kira status atau jenis kenderaan yang di bawa. Lebih-lebih lagi ketika lorong utama sedang sesak bergerak perlahan.

Baru-baru ini sekumpulan konvoi kereta mewah terdiri daripada beberapa buah Nissan GT-R R35 dan Ford Mustang didakwa telah dihalang oleh sebuah lori daripada meneruskan perjalanan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@dengsuzu

habuan….

♬ cinta kita berbeza – ◦•●◉✿💞🅡🅔🅔🅩💞✿◉●•◦

Bagaimanapun, tindakan pemandu lori tersebut telah mencetus pertikaian oleh sebahagian warganet. Ramai yang menyokong pemandu lori itu seolah-olah nampak seperti ‘membantu’ menghalang sekumpulan kereta mewah daripada menggunakan ‘lorong kecemasan’.

Namun, sekumpulan warganet menyatakan lorong yang digunakan mereka itu merupakan lorong paling kiri untuk susur keluar dari lebuh raya kerana ia mempunyai garisan putus-putus.

Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs
Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs
Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs
Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs
Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs
Sumber Gambar: TikTok @official_deenggs

Bagi menjernihkan keadaan, sebahagian pengguna TikTok yang lain pula meminta orang ramai berhenti membuat pelbagai andaian buruk kerana rakaman video yang dikongsikan tersebut tidak penuh.

Jadi tidak pasti apa yang berlaku di hadapan lori tersebut sehingga menampakkanya seperti ‘menghalang’ laluan dan pada masa yang sama tidak pasti adakah konvoi tersebut benar-benar mahu memotong kenderaan lain dari lorong kiri lebuh raya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu pihak berkuasa Indonesia mula menahan ‘influencer‘ yang sering menayang kehidupan mewah di media sosial. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta

Isteri Hadiahkan Suami Lamborghini, ‘Upah’ Jaga Anak Dan Dirinya Waktu Berpantang Nanti

Syahmi Sazli Sedih Lepaskan Kereta Kesayangan, Mercedes-Benz G350D Jadi Pengganti

Sumber