Sejak pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura pada awal bulan April lalu, banyak kenderaan keluar masuk dari kedua-dua belah negara dan pelbagai insiden berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Baru-baru ini, seorang pemandu lori telah memuat naik rakaman video di mana dia telah ‘mengajar’ dua buah kereta berpendaftaran Singapura yang memotong barisan menggunakan lorong khas lori/bas.

@abangpilotdarat4all

#CapCut

โ™ฌ HON MAUT ABANG LORI – ๐•ฌ๐–‡๐–Œ ๐•ป๐–Ž๐–‘๐–”๐–™ ๐•ฏ๐–†๐–—๐–†๐–™โš”๏ธ

Menurut @ahmadzarinsamad, dia segera membunyikan hon panjang untuk menarik perhatian polis trafik yang sedang bertugas di pondok kastam.

Kedua-dua pemandu Subaru dan Mazda tidak meneruskan perjalanan menggunakan lorong khas lori/bas, sebaliknya segera cuba memotong masuk semula ke dalam barisan yang sesak.

Tindakan pemandu lori itu telah menarik perhatian polis trafik, tidak sampai seminit seorang pihak berkuasa menaiki motosikal menghampiri tempat kejadian, laluย segera menahan kedua-dua kereta atas kesalahan yang mereka berdua buat.

Hantaran video TikTok itu telah meraih perhatian warganet yang lain. Mereka menyokong tindakan ‘Abang Lori’ itu dan memuji kecekapan polis trafik segera menahan kedua-dua pemandu yang bersalah itu.

Sumber Gambar: TikTok @ahmadzarinsamad
Sumber Gambar: TikTok @ahmadzarinsamad
Sumber Gambar: TikTok @ahmadzarinsamad
Sumber Gambar: TikTok @ahmadzarinsamad

Orang ramai juga meminta agar penguatkuasa memberikan denda yang sepatutnya sama seperti apabila rakyat Malaysia didenda apabila melakukan kesalahan semasa berada di negara mereka.

Kerajaan Malaysia mendapati terdapat lebih 108,757 saman masih belum dijelaskan oleh warga Singapura sejak tahun 2016 ke 2021.

108,757 Saman Belum Dijelaskan, Warga Singapura Bakal Dihalang Keluar Dari Malaysia

Kenderaan Nombor Plat Malaysia Cuba Lolos Pemeriksaan, Pemandu Positif Dadah Ditahan Imigresen Singapura

โ€˜Sila Cakap Baik-Baik Dengan Orang Kaya, Kamu Tu Gadis Miskinโ€™ – Wanita Hina Polis Bantuan Didenda RM9,300

Sumber