Sebaik sahaja saya memandu masuk ke parkir. Sebuah kereta yang berada betul-betul di belakang saya membunyikan hon bertalu-talu.

Saya pandang keliling. Saya cuba ingat kembali. Ya, saya pasti, yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebaik sahaja saya keluar dari kereta. Pemandu di belakang membunyikan hon berkali-kali.

Kali ini saya terfikir. Mesti ada sesuatu yang hendak diperkatakan oleh pemandu itu.

Apatah lagi saya melihat dia membuka cermin di bahagian penumpang.

Saya mendekati kereta itu. Barulah jelas, rupa-rupanya, memang pemandu itu sedang memanggil saya.

Semakin saya hampir dengan kereta itu, semakin jelas terdengar suara pemandu itu memanggil-manggil saya.

“Tuan, tuan, maaf tuan…”

Apabila melihat keadaan pemandu itu yang langsung tidak keluar dari kereta, memang saya agak musykil. Terus saya pergi ke arah pemandu itu.

Cermin tingkap telah dibuka. Pemandunya seorang lelaki Melayu. Terus sahaja menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Tuan, saya mohon maaf banyak-banyak ya… Terpaksa bersikap kurang ajar seperti ini…”

Saya pula yang terpinga-pinga.

“Sebenarnya, saya dah hampir 20 minit, berpusing merata di R&R ini, nak cari parkir paling dekat dengan bilik air dan tandas…”

Sebelum pemandu itu menghabiskan ayatnya. Saya terpandang sesuatu yang amat-amat-amat memilukan.

Ayahnya, bersandar di kerusi belakang. Kakinya bersimen.
Ibunya, kelihatan bengkak di kaki kerana gout.
Anaknya, cacat dan mengerekot dalam kerusi khas.
Isterinya sedang memangku/menyusu bayi kecil.
Pemandu itu memang memerlukan tapak parkir yang selesa.

Tidak bertangguh. Saya terus meminta pemandu itu mengundur bagi membolehkan saya mengeluarkan kereta.

“Tuan, saya mohon maaf ya kerana terpaksa…”

“Tak apa, tak apa… Tak perlu minta maaf. Tuan lebih berhak!”

Selesai urusan. Saya parkir kereta agak jauh dari situ. Hampir ke stesen minyak berdekatan.

Sewaktu hampir ke sebuah gerai menjual buah-buahan. Sekali lagi saya terpempan. Rupa-rupanya, pemandu itu juga seorang OKU! Dia juga bertongkat.

Barulah saya perasan, kenapa pemandu itu sejak awal lagi langsung tidak keluar dari kereta. Kami bertegur sapa. Menjalin ukhuwah. Berbual sekadar berbasa-basi.

Sewaktu berjalan keluar. Saya melihat seorang lelaki sado sedang merokok dengan penuh bergaya. Dia bersandar disisi kereta mewahnya.

Kereta mewahnya itu diparkir dalam kawasan parkir KHAS untuk OKU. Darah saya sungguh menyirap.

Selesai merokok, dia terus membuang puntung rokoknya ke atas jalan. Dia masuk ke dalam keretanya. Dan dengan deruman enjin yang agak kuat, dia terus memecut keluar dari kawasan R&R.

SADO = Abang Besar tapi BODO!