Sesungguhnya rezeki Allah Yang Maha Esa sungguh luas. Allah jadikan manusia untuk melengkapkan kitaran hidup masing-masing dengan mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Rata-rata kanak-kanak mesti pernah merasai keenakan lokcing atau satay ikan. Kalau tanya anak-anak mesti dia jawab, “Sedap ayah, nak lagi!!” Hehe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya pasal abang-abang yang menjual lokcing. Kalau anda berasal dari Kelantan, anda mesti sedar lokcing ini sinonim dengan masyarakat selatan Thai yang datang berhijrah ke Kelantan untuk menjual lokcing.

Saya percaya anda mesti bersetuju kalau saya cakap mereka lebih mahir dalam menghasilkan lokcing berbanding rakyat Malaysia. Akan tetapi, kisah yang ingin saya ceritakan bertempat di Terengganu bukan di Kelantan.

Mungkin ada segelintir di kalangan kita yang memandang remeh kepada mereka kerana mencari rezeki dengan hanya menjual lokcing.

Lebih-lebih lagi yang hanya mengayuh basikal pusing keliling kampung atau pekan untuk habiskan jualan.

Anda jangan terkejut jika saya cakap hasil jualan mereka lagi tinggi daripada orang yang bekerja di tempat-tempat berhawa dingin. Ya, ini fakta bukan auta!

nanisufi
nanisufi

Hasil temuramah saya dengan abang Thai yang duduk di kawasan rumah saya di Kampung Limbong, Paka, Terengganu sebelum ini. Rasanya semua orang kenal beliau sebab dia dan kawan dia adalah satu-satunya yang menjual lokcing di sekitar kampung.

Beliau mulakan kayuhan basikal dalam lingkungan pukul 11 pagi dan selalunya dia akan tunggu di kawasan sekolah dahulu. Menunggu kanak-kanak riang menyapa untuk membeli.

Selepas itu barulah beliau ronda keliling kampung untuk habiskan jualan.

Dipendekkan cerita, lokcing selalunya diletakkan dalam bekas empat segi tepat. Kalau anda nak tahu, satu bekas tu kalau berjaya dihabiskan, jumlahnya adalah RM250 sehingga RM300!

Terkedu sekejap saya bila beliau cakap pada saya. Macam-macamlah bermain di benak fikiran saya, maklumlah saya otak businessman-lah katakan. Haha.

Kepala terus mencongak, RM300 x 20 hari adalah RM6000! Allahuakbar murahnya rezeki.

Macam-macam andaiam dalam kepala saya, katalah modalnya hanya 30% sahaja masih lagi boleh tahan pulangannya. Kalaulah dikira dia dengan partner-nya dah jadi double. Fuh, saya pula yang berpeluh bila mencongaknya.

Padahal abang tu lagi berpeluh kayuh basikal, bahang panas bara api membakar lokcing. Huhu.

Kalau orang tanya saya apa barang paling bernilai untuk abang lokcing, saya jawab kain tuala kecil dia. Yang sering digunakan untuk menyapu titisan peluh dek kerana mencari rezeki. Haha.

Pengajarannya, rezeki Allah maha luas dan jangan sesekali memandang remeh kepada sesama manusia. Kita semua sama tiada beza kecuali hanya orang yang bertaqwa mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sekian drama “Suamiku Abe Lokcing, Tualamu Menjadi Pujaan.” Hihihi.