Sejak ‘Abang Viva Viral’ mula dikenali orang ramai, ada beberapa pihak telah menghubungi beliau untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanannya membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana ‘Abang Viva Viral’ telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut portal Motomalaya.net, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada ‘Abang Viva Viral’ atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Rata-rata ramai mengucapkan tahniah kepada Azwan kerana beliau layak menerima hadiah terbabit dan mendoakan kebaikkan buat ‘individu misteri’ yang sudi memberikan hadiah penghargaan kepada unsung hero negara ini pada hantaran Facebook tersebut.

Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd
Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd
Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd
Sumber Gambar: Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd

Nama Azwan Omar mula menjadi bualan warganet selepas beliau turun membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa lokasi pada akhir tahun lalu dengan hanya membawa sebuah kereta Perodua Viva, bot angin dan sekeping not RM50.

Difahamkan beliau juga bakal menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda 4×4 daripada seorang usahawan kosmetik tidak lama lagi selepas beberapa urusan diselesaikan.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam masa yang singkat sahaja, Abang Viva Viral berjaya meraih ratusan ribu pengikut di akaun TikTok yang baru sahaja dibuka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kurang 24 Jam Buka Akaun TikTok, ‘Abang Viva Viral’ Raih Lebih 100,000 Pengikut

Lelaki Ini Teruja Dapat Naik Satu Bot Dengan ‘Abang Viva Viral’ Semasa Beri Bantuan Banjir

Ambil Kesempatan Guna Namanya, ‘Abang Viva Viral’ Nafi Kutip Dana Jalankan Misi Menyelamat