Tular sejak semalam apabila dikongsikan di media sosial bahawa Azwan Omar atau lebih dikenali dengan nama ‘Abang Viva’ telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.

Hari yang disangka menjadi hari bahagia buat beliau nyata telah berubah apabila tular sebuah perkongsian daripada adik-beradik beliau sendiri yang mendakwa perkahwinan beliau tidak diketahui oleh ibu bapa beliau sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian yang tular tersebut terus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen sekaligus mendesak Abang Viva untuk membuat live dalam memberi penjelasan sepenuhnya bagi membolehkan orang ramai menilainya sendiri.

Menerusi perkongsian Facebook Live Azwan Omar, beliau memaklumkan telah bernikah pada 14/10 iaitu pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, tarikh pernikahan dan majlis pernikahan beliau telah dimaklumkan kepada ibu bapa beliau sejak dari awal lagi dan bukannya seperti yang didakwa.

Malah, Abang Viva menerusi live turut menunjukkan nota selamat pengantin baru daripada ibu beliau sendiri kepada netizen sebagai bukti.

Isu ketiadaan ibu bapa pada sewaktu pernikahan beliau turut dijawab di mana tarikh yang ditetapkan jabatan agama adalah 14 Oktober dan tidak dapat ditunda. Faktor kesihatan ibu ayah beliau yang tidak mengizinkan membuatkan mereka tidak dapat hadir majlis pernikahan anak mereka.

Turut mengakui kesilapan sendiri

Abang Viva menunjukkan bukti video pernikahan dan gambar perkahwinan beliau kepada ibunya. Sumber: Facebook Azwan Omar

Dalam pada itu, Abang Viva turut mengakui kesilapan beliau sendiri yang memilih untuk meneruskan perkahwinan meskipun ibu bapa beliau seolah kurang bersetuju walaupun sudah dimaklumkan kepada ayah beliau sebanyak tiga kali dan lima kali kepada ibu beliau mengenai hasrat untuk melangsungkan perkahwinan.

Isu yang berlaku dalam keluarga serta ditular di media sosial ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai tahu sedikit sebanyak krisis yang berlaku dalam keluarga.

Namun, menurut Abang Viva, beliau perlu memaklumkan perkara yang sebenar agar tiada lagi dakwaan yang palsu terhadap beliau.

Beliau juga turut memaklumkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan sesama keluarga sahaja di mana beliau telah dikeluarkan daripada WhatsApp Group keluarga oleh kakak beliau sendiri sejak dari pertengahan tahun lagi.

Perkongsian yang dilakukan dengan jelas oleh Abang Viva telah mendapat perhatian para netizen yang berharap agar hubungan keluarga beliau tidak terjejas dan mendoakan perkahwinan beliau kekal bahagia. Berikut merupakan respon netizen terhadap penjelasan beliau.

Beliau juga turut mengakui ini mungkin ujian buat beliau selepas dilimpahkan dengan anugerah, kekayaan serta kemasyhuran.

Sehubungan dengan itu, Abang Viva mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan dan memberi peluang buat beliau berbaik bersama keluarga sekaligus mengelakkan daripada lebih banyak aib keluarga dikongsikan.