Abdul Yazid Kassim yang merupakan bekas Pengarah Projek Malakoff Corporation Berhad telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang baru menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar dimana beliau bakal memulakan tugas beliau bermula Februari ini.

Abdul Yazid dilantik sebagai Ketua Eksekutif MRT Corp yang baru kerana kerajaan percaya dan yakin bahawa beliau boleh memikul tanggungjawab yang diberikan dengan baik, lebih-lebih lagi beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: bacalahmalaysia

Sebaik sahaja beliau memulakan tugas Februari ini, beliau dengan serta merta perlu memikul tanggungjawab utama beliau dengan memastikan perlaksanaan kos dan tempoh masa yang perlu ditetapkan untuk pengurusan projek Laluan Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) berjalan dengan lancar.

Dengan perlantikan Abdul Yazid Kassim sebagai Ketua Eksekutif MRT Corp yang baru, kerajaan yakin dan pasti bahawa peningkatan kualiti dan prestasi perkhidmatan MRT Corp akan terjamin dan memberikan banyak kemudahan kepada para pengguna MRT.