Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Suspek kes tembak bekas Perdana Menteri Jepun (PM) Shinzo Abe telah didedahkan kepada umum.

Agensi berita Jepun NHK memetik polis sebagai berkata suspek bernama Tetsuya Yamagami seorang bekas anggota Pasukan Bela Diri Maritim telah ditahan. “Dia berusia dalam lingkungan 40-an dan penduduk Nara,” kata laporan itu yang tidak menyebut punca serangan terbabit.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Abe ialah perdana menteri paling lama berkhidmat di negara matahari terbit, iaitu selama dua penggal, dari 2006 hingga 2007 dan 2012 hingga 2020. Dia meletak jawatan pada 2020 kerana sakit.

“Abe berada di Nara untuk berkempen menjelang pilihan raya Dewan Tinggi Parlimen yang dijadualkan pada Ahad,” lapor NHK.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Jepun Rahm Emanuel berkata dalam catatan di Twitter, “Kami semua sedih dan terkejut dengan penembakan bekas Perdana Menteri Abe Shinzo. Abe telah menjadi pemimpin Jepun yang cemerlang dan sekutu AS yang tidak tergoyahkan. Kerajaan AS dan rakyat Amerika mendoakan kesejahteraan Abe-san, keluarganya, dan rakyat Jepun.”

“Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe telah diterbangkan ke hospital tetapi tidak bernafas dan jantungnya telah berhenti berdegup,” kata pegawai itu namun tidak dilaporkan adakah Abe masih hidup.

Pegawai bomba tempatan Makoto Morimoto berkata, Abe mengalami serangan jantung dan paru-paru selepas ditembak dan dibawa ke hospital berdekatan.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno memberitahu pemberita bahawa polis menahan seorang lelaki yang disyaki menjadi penyerang di tempat kejadian.

“Perbuatan biadab seperti ini tidak boleh dimaafkan sama sekali, apa pun alasannya, dan kami mengutuk sekeras-kerasnya,” kata Matsuno.

Bagaimana Jepun mampu bangkit di bawah pemerintahan maharaja muda? Rujuk pautan di bawah untuk membaca. 

Bagaimana Jepun Mampu Bangkit Di Bawah Pemerintahan Maharaja Muda

Kamagasaki, Bandar Yang ‘Dipadam’ Daripada Peta Jepun

Bagaimana Selipar ‘Jepun’ Tat Sing Beri Ilham Kepada Rekaan Jenama Selipar Seluruh Dunia