Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi anda yang terlibat dalam dunia seni, ini pastinya sesuatu yang menarik di mata anda. Pada tahun 1692, seorang artis dengan nama A.Boogert telah menulis satu buku dalam bahasa Belanda cara-cara untuk mencampur warna (watercolor).

Bukan hanya sekadar warna, tetapi turut menerangkan cara untuk menghasilkan warna berkenaan. Ada warna yang memerlukan campuran beberapa jenis warna untuk menghasilkan warna tersebut. Bunyi macam senang, tetapi memerlukan teknik yang betul untuk hasilkan sesuatu warna.

Traité des couleurs servant à la peinture à l’eau, buku manual setebal lebih 700 muka surat yang ditulis tangan dan warnanya dilukis secara manual ini adalah buku reference paling lengkap pada waktu itu. Sebagai perbandingan, buku manual Pantone Color Guide hanya diterbitkan pertama kalinya pada 1963.

Disebabkan ianya dibuat secara manual dan tidak diulang cetak (mungkin terdapat satu sahaja di dunia), tidak ramai pelukis di masa itu atau orang ramai yang dapat melihat sendiri buku ini secara dekat. Buku manual ini kini disimpan di sebuah perpustakaan di Perancis. Lihat antara kandungan yang terdapat dalam buku ini. A.Boogert memang seorang yang imaginatif dan teliti.

Anda Mungkin Suka