Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itulah antara kata-kata terakhir penyampai berita sukan TV3, Abu Bakar Atan ketika menyampaikan berita terakhir beliau pada malam semalam.

Ucapan itu hadir sebagai tanda perpisahan antara beliau dan juga syarikat penyiaran itu selepas 26 tahun bersama mereka dalam menyampaikan pelbagai berita sukan sebelum ini.

abu bakar atan
Abu Bakar Atan di awal kariernya bersama TV3

Daripada Sukan SEA sehinggalah Sukan Olimpik, Abu Bakar Atan sebelum ini sememangnya antara individu yang sangat sinonim dengan laporan sukan di Malaysia dan kini selepas hampir 3 dekad -beliau akhirnya meninggalkan tugas berkenaan.

“Baiklah, setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga perjalanan saya sebagai penyampai sukan di Buletin Utama.

“Selepas 26 tahun bertugas kini tiba masanya untuk saya mengundur diri. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas segala sokongan anda selama ini. Saya amat, amat menghargainya.

“Dengan itu, sekian sahaja buat waktu ini. Saya Abu Bakar Atan, salam hormat, InsyaAllah sampai kita berjumpa lagi,” ucap Abu Bakar Atan dalam Buletin Utama pada semalam.

Pemergian beliau yang sememanganya antara wartawan dan pembaca berita sukan paling dikenali ramai pastinya dirasai para penonton segmen berita di saluran berkenaan.

Malah beliau bukan sahaja berjaya menjadi wajah kewartanan sukan di Malaysia tetapi telah membuatkan kita semua berasa teruja mendengar setiap perkhabaran mengenai sukan setiap kali beliau ke udara.

Walaupun segmen sukan merupakan antara yang paling pendek namun ianya pasti menjadi antara yang dinanti-nantikan terutama bila berlangsungnya temasya sukan yang besar di seluruh dunia.

Baca juga perkongsian kami mengenai hos Nightline sebelum ini yang juga sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutama mereka yang gemar menonton slot Mega Movie di TV3 suatu ketika dahulu di bawah. 

Ditegur Sering ‘Kacau’ Slot Mega Movie, Hos Nightline Beri Respons Melucukan Kepada Netizen

‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak

Bersih Luar Dalam, Gelagat Wartawan Basuh Kereta Dengan Tingkap Terbuka Buat Netizen Tertawa

Sumber