Malaysian Digital Economic Corporation (MDEC) yang merupakan sebuah syarikat GLC yang membantu usahawan-usahawan terutama industri teknologi dan kreatif di Malaysia seperti Animonsta, Les Copaque dan sebagainya.

Bersempena acara Kre8tif Conference & Content Festival kembali untuk kali kedua pada tahun ini, MDEC telah merangka beberapa acara dan pelbagai jenis aktiviti yang akan menghiburkan para pengunjung serta memberikan manfaat golongan profesional yang bekerja dalam industri kreatif ini.

photo_2018-07-12_15-32-04

photo_2018-07-12_15-32-07

Antara acara akan dijalankan semasa acara Kre8tif ialah Business Matching. Disini merupakan syarikat-syarikat boleh menbincangkan untuk menentukan meningkatkan pendapatan syarikat dan membantu satu sama lain.

Dalam acara telah menjemput beberapa ahli yang pakar industri dalam kreatif tempatan mahupun antarabangsa antaranya ialah Christopher Bremble, CEO Base FX, Hidehiko Kitajima, CEO OLM, iaitu syarikat animasi yang bertanggungjawab yang bangunkan siri animasi Pokemon, dan juga Datin Seri Tiara Jacquelina, seniwati teater di Malaysia.

Kepada yang berminat ingin menyertai aktiviti ini, anda perlu membeli tiket beharga RM 650 untuk masuk ke acara Kre8tif manakala acara Business Exchange pula berharga RM 750 seorang. Tiket ini akan dijual pada 16 Julai hingga 31 Julai 2018.

Kre8tif Conference & Content Festival ini akan berlangsung bermula 6 hingga 9 Ogos 2018 di sekitar Cyberjaya, Cyberview Resort & Spa dan Multimedia University. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melayari laman web Kre8tif.

photo_2018-07-12_15-32-08 (2)

photo_2018-07-12_15-32-08

photo_2018-07-12_15-32-09

photo_2018-07-12_15-32-06

photo_2018-07-12_15-32-10 (2)