Salah satu maraton terbesar di negara ini – Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon – telah menduduki kedudukan teratas dalam senarai acara maraton terburuk di dunia.

Menurut The Sole Supplier, satu kaji selidik telah dijalankan dan hasilnya telah meletakkan Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon di tangga pertama dengan 3.69 markah – angka terendah dari 81 maraton di seluruh dunia.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Apa yang telah menjadi faktor utama kepada angka tersebut adalah disebabkan pencemaran udara, iklim yang panas dan kurangnya bantuan perubatan sepanjang acara dijalankan.

Selain itu, IDBI Federal Life Insurance New Delhi Marathon dan Singapura StanChart masing-masing melengkapkan kelompok tiga terburuk.

worst-marathons-1

The Sole Supplier

The Sole Supplier adalah sebuah media sukan yang bertapak di UK. Dalam kaji selidik yang dilakukan, mereka mengambil kira faktor kualiti udara, cuaca, purata masa, yuran pendaftaran, perubatan dan pelbagai lagi untuk mendapat keputusan akhir kaji selidik.

Mereka juga memberi peringatan kepada semua peserta agar memilih setiap acara dengan berhati-hati – terutama yang berada di kelompok acara terburuk.

Standard Chartered Singapore Maraton sebelum ini pernah dikritik kerana memilih untuk mengadakan acara pada musim cuti akhir tahun.

Acara yang dilakukan di waktu malam itu telah mendatangkan rasa kurang senang buat para pemandu jalan raya.

Sebelum ini kami pernah menulis kisah Aliff Satar yang berjaya menamatkan acara IRONMAN dalam masa 15 jam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tamatkan IRONMAN Dalam Masa 15 Jam, Aliff Satar Puas ‘Kerja Gila’ Buahkan Hasil

Berat Badan Lelaki Ini Pernah Mencecah 120kg Dan Kini Bakal Sertai IRONMAN Triathlon

Pertama Kali Masuk Larian Marathon 100 KM Dan Ini Apa Yang Aku Belajar

Anda Mungkin Suka