Jika anda rasa Sneakerlah tahu lalu sudah cukup besar, Sneakerlah edisi 2018 akan jadi lebih besar dan meriah di mana ianya akan berlangsung di Mid Valley Exhibition Center hujung minggu ini (6-7 October 2018).

Sneakerlah adalah acara fesyen paling ditunggu-tunggu peminat streetwear tempatan di mana pelbagai acara akan berlangsung sepanjang dua hari di sini. Para pengumpul, penjual dan jenama-jenama terkemuka yang ada di Malaysia akan berkumpul di bawah satu bumbung untuk menyajikan anda keindahan fesyen streetwear yang sedang menjadi trend semasa di seluruh dunia.

Sedikit tentang Sneakerlah. Sneakerlah bermula pada tahun 2015 sebagai satu projek antara rakan dan pengumpul kasut. Bermula dari edisi pertama ini, Sneakerlah semakin membesar dan kini bakal berlangsung di kawasan seluas 60,000 kaki persegi!

Sneakerlah poster

Pelbagai aktivi menarik akan berlangsung sepanjang dua hari Sneakerlah di Mid Valley Exhibition Center. Antaranya pameran barangan Supreme terbesar, koleksi kasut adidas EQT sebanyak lebih 150 pasang, pertandingan indoor skate, sesi kustom kasut Vans oleh SBTG dan banyak lagi!

Masih ingat preme.kl? Mereka turut akan menjual baju edisi khas preme.kl x Pa’din Musa. Baju ini akan dilancarkan khas sempena Sneakerlah dan dijual secara terhad.

https://www.instagram.com/p/BodfY5SHXx7/?hl=en&taken-by=preme.kl

Sunyilah jika tiada pameran pentas. Antara artis tempatan yang akan sama-sama memeriahkan Sneakerlah adalah Aman RA, DJs such as Blink, Curzon and Nazkimo, aKayda, A-Kid, dan banyak lagi.

Jika anda yang belum sempat untuk membeli tiket, tiket akan dijual pada harga RM20 di pintu masuk. Katanya Vespa Malaysia akan beri scooter percuma untuk pengunjung yang bertuah menerusi acara Lucky Draw yang akan dijalankan.

Buat anda yang terlepas ke Sneakerlah tahun lalu, silalah berkunjung ke Sneakerlah hujung minggu ini. Lagi pun ianya lebih mudah diakses kerana diadakan di Mid Valley Mall sahaja. Manalah tahu kasut idaman anda yang dicari selama ini ada dijual di Sneakerlah esok.

P/S: Anda juga berpeluang terbang ke Jepun dalam acara lucky draw yang dijalankan sumbangan AirAsia disamping harga promo untuk penerbangan ke Jepun (Tokyo, Osaka, Hokkaido). Dan jangan lupa pakai pakaian paling rare yang anda ada kerana jurugambar Shafiq Saleh (@shafiqanaksaleh) akan rakam OOTD terbaik pengunjung yang hadir sepanjang dua hari di sini. Jom!