Sudahkah anda membuat perancangan bersempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal tiba nanti? Jika belum, apa kata bersama kami sertai Pesta Harapan Malaysia (PHM) anjuran portal Malaysia Kini.

PHM dianjurkan bukan sahaja untuk meraikan Hari Kebangsaan tetapi juga untuk menghargai peranan belia yang berjaya membawa perubahan kepada Malaysia Baru. Penganjuran PHM ini tidak terbatas pada satu acara sahaja tetapi juga penganjuran acara seperti konsert oleh selebriti tempatan, larian sejauh 5km, bengkel, debat dan perbincangan, serta pertandingan e-sport.

Picture1

Menurut pengasas bersama portal Malaysia Kini, Steven Gan acara ini diberi nama Pesta Harapan Malaysia kerana ‘Harapan’ itu sendiri membawa makna yang sangat besar terutamanya apabila rakyat Malaysia berani bangkit melawan ketakutan dan kebencian terhadap kemusnahan institusi negara.

Acara utama yang ditunggu-tunggu akan diadakan pada 15 September iaitu Konsert Hari Malaysia Baru yang akan disertai oleh selebriti terkenal tanah air seperti Bunkface, Dr. Soo Winci, Jaclyn Victor, Melody Tan, Jess Lee, Shoba Janardanan dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berkesempatan untuk menyumbang kepada Tabung Harapan menerusi e-wallet terbaharu, Boost. Untuk keterangan lanjut mengenai program, layari www.pestaharapanmalaysia.com

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group