Acer Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kokpit gaming khas buat para gamer melalui model Predator Thronos. Pelancaran yang dibuat di Axiata Arena ini turut menunjukkan kehebatan Acer Predator Thronos ini.

Berbeza daripada kerusi gaming yang banyak ditawarkan di pasaran ketika ini, model ini membolehkan para pengguna duduk dengan sisi 140 darjah serta mampu menyokong sehingga tiga monitor 27-inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
dims
Sumber: Engadget
https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage836181c2c5d13d-fb65-494e-8072-57fd9377fcab
Sumber: mashable

Melalui pakej yang ditawarkan, para pengguna turut menerima desktop Predator Orion 9000 yang hadir dengan penyertaan spesifikasi yang tinggi. Penggunaan Intel Core i7, NVIDIA GeForce 1080 Ti, RAM 16GB, SSD 256GB serta ruang storan 2TB pastinya membuatkan pengalaman bermain game anda lebih puas.

Selain itu, turut disertakan bersama tiga monitor Acer Predator 27-inci yang menyokong NVIDIA G-Sync. Turut diberikan secara percuma adalah mouse gaming Predator Galea 300, fon telinga Predator Cestor dan keyboard gaming Predator Flare.

acer-predator-thronos-hero
Sumber: vernonchan

Mengulas mengenai harga, kokpit gaming ini bakal ditawarkan dengan harga RM56,999. Sebuah harga yang premium buat para gamer namun melihat kepada kepada model-model yang ditawarkan, jelas ianya berbaloi sekiranya anda sanggup melabur kepada kepuasan bermain game.