Pelawak yang juga merupakan ahli kumpulan Bochey, Achey baru-baru ini berkongsikan khabar gembira bersama peminatnya apabila berjaya memiliki rumah impian selepas sepuluh tahun penantian.

Perkongsian itu dibuat Achey melalui sekeping gambar bersama keluarganya yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya @acheykintangkintung pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
photo_2020-08-11_14-23-36
Gambar rumah impian Acxhey yang dikongsikan (Sumber gambar: Instagram Acheykintangkintung)

“Syukur, saya percaya doa orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan 10 tahun impian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank, tetapi ia juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan percaya tanamkan sasaran serta jayakan sasaran itu meski bertahun lamanya” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bercerita lanjut mengenai pencapaiannya memilki rumah impiannya itu, Achey juga menjelaskan perniagaan yang dijalankannya sebelum ini juga banyak membantu perjalanan mereka memiliki rumah.

Walaupun mengakui banyak perniagaan yang diceburinya sebelum ini tidak berjaya namun segalanya berubah apabila beliau berjaya menemui perniagaan yang tepat sekaligus membantu keadaannya dan keluarga.

“Bisnes juga sangat membantu. Banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga.

“Tapi, kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan,” katanya.

Baca juga perkongsian kami mengenai luahan menyayat hati Mamat Sepah dalam satu rancangan temu bual baru-baru ini di pautan di bawah. 

Walaupun Nama Pernah ‘Dihancurkan’, Mamat Sepah Akui Sudah Ampunkan Jep Dan Shuib

K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Kongsi Kisah Perjalanan Karier Seni Khas Untuk Peminat

Tidak Cecah 500,000 ‘Followers’ Di Instagram, Amerul Affendi Dedah Kena ‘Reject’ Stesen TV