Seni contengan dinding atau lebih dikenali sebagai grafiti mungkin dipandang masyarakat sebagai vandalisma serta mecacatkan pandangan. Tetapi jika ianya dilakukan pada saluran dan lukisan yang betul, ianya akan jadi satu seni yang menceriakan sesuatu dinding.

Mungkin ramai yang masih belum kenal artis grafiti Abdulrashade atau lebih dikenali sebagai Acit. Acit sudah mula aktif melukis grafiti sejak 2007 dengan dinding di sepanjang Sungai Klang, Pasar Seni menjadi kanvas beliau. Acit sebelum ini bekerja di sebuah syarikat animasi sebagai pereka grafik sebelum berhenti untuk menumpukan secara serius ke dalam bidang grafiti ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini Acit tidak begitu yakin dengan kerjaya pelukis grafiti sepenuh masa. Tetapi keputusan yang dibuat nyata berbaloi kerana beliau sudah pun ke Dubai dan Hong Kong untuk melukis bangunan di sana. Acit yakin yang beliau mampu beri kepakaran yang orang lain tidak ada.

HKWALLS adalah projek lukisan grafiti Acit di Hong Kong. Beliau adalah wakil Malaysia dari 38 artis yang mengambil bahagian dalam projek HKWALLS ini. Acit memilih burung bangau sebagai subjeknya kerana bangau menurut mitologi Cina melambangkan keabadian dalam pada masa yang sama Acit memasukkan elemen budaya Melayu dengan bersandarkan lagu Bangau Oh Bangau. Acit juga turut merakam video time-lapse progress beliau melukis dari mula sehingga habis.

acit dalam 3

Acit Dalam 4

Acit Dalam

acit dalam 1
Kredit gambar: Hazmiljapilus

Dubai pula merupakan destinasi luar negara pertama buat Acit selepas bergelar pelukis grafiti sepenuh masa. Acit ke Dubai bersama 7 grafiti artis Malaysia yang lain untuk melukis 24 bangunan di sana. Lukisan mural yang beliau perlu lukis bukan kecil. Tetapi besar yang meliputi satu bangunan. Acit melukis dua mural di mana setiap satu lukisannya setinggi 15 meter! Jadi anda dapat bayangkan betapa besarnya lukisan yang Acit lukis.

“Harapan aku, aku nak masyarakat Malaysia boleh terima seni grafiti ini. Grafiti bukan sekadar conteng kosong dan ini juga salah satu kerjaya baru. Grafiti sekarang bawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Bukan saja melalui bakat malahan corak budaya yg dilukis bersama,” kata Acit.

Kalau anda mahu lihat karya-karya lain Acit boleh ikuti beliau di sini. Ianya satu perkembangan yang positif untuk artis Malaysia kerana orang luar mula acknowledge kehebatan karya artis tempatan. Semoga masyarakat Malaysia akan lebih menghargai karya-karya artis tempatan selepas ini. Kalau orang luar boleh, kenapa kita tak boleh kan? Selamat maju jaya Acit!