ASUS baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan jenama fesyen ACRONYM yang terkenal dalam dunia dalam techwear untuk menghasilkan ROG Zephyrus G14 edisi khas.

Secara rasmi dipanggil ROG Zephyrus G14 ACRNM RMT01, ASUS berkata komputer riba ini mempunyai rekaan futuristik yang selama ini menjadi tema untuk penghasilan pakaian oleh ACRONYM.

ACRONYM ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Errolson Hugh. Rekaan pakaiannya yang sentiasa unik membolehkan beliau berkolaborasi bersama nama besar dalam dunia fesyen antaranya Nike dan Stone Island. Errolson turut berkolaborasi bersama Hideo Kojima untuk permainan video Death Stranding, di mana beliau turut mereka pakaian untuk watak utama dalam permainan video tersebut.

Secara dasarnya, isi dalam komputer riba ini tetap ROG Zephyrus G14 tetapi dengan rekaan luaran yang lebih unik hasil sentuhan ACRONYM. Ia akan hadir dengan sistem AMD Ryzen 9 4900HS CPU, 32GB DDR4 RAM, NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q GPU, 1TB NVMe SSD, dan a 14-inch WQHD (2560 x 1440) dengan paparan 60Hz refresh rate.

Paling unik adalah penggunaan simbol serta warna pada papan kekunci yang memberi feel futuristik untuk komputer riba ini.

ROG 1
Papan Kekunci dengan palet warna menarik
rog 3
‘Laptop sleeve’ khas untuk model edisi khas ini

ASUS ROG Zephyrus G14, ACRNM RMT01 akan mula berada di pasaran October ini dan anda boleh buat pesanan awal di laman khas ROG x ACRONYM di sini pada harga pasaran RM11,299.

Anda juga akan dibekalkan dengan casing khas yang dihasilkan oleh ACRONYM. Sekiranya anda seorang yang mementingkan gaya dan juga performance, ini untuk anda.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan produk terkini ASUS di pasaran. Klik pada pautan di bawah.

ASUS Perkenalkan VivoBook 14 A413, Komputer Riba Kompak Pada Harga RM2,899

ASUS ROG Phone 3, Telefon Pintar Serba Lengkap Buat Para ‘Gamer’

ASUS ZenBook 13 & 14, Ultrabook Serba Lengkap Buat Anda Yang Kerap ‘On The Go’