Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Siapa yang tidak mengenali Wawa Zainal, bermula dari menjadi seorang selebriti kini merupakan seorang usahawan yang berjaya. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan, Wawa Zainal juga mempunyai kisah jatuh bangunnya.

Terbaharu, sebuah klip video memaparkan Wawa Zainal berkongsi tentang perjalanan hidupnya untuk mengubah nasib diri dan keluarga telah tular di media sosial.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →
@ril_glamrs

#wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyppp #fyp

♬ original sound – ril_glamrs – ril_glamrs

Menerusi video itu, Wawa dilihat sedang berkongsi akan kehidupannya dahulu dimana dia mempunyai 23 adik-beradik dan keluarganya sangat susah. Malah, dia juga pernah terpaksa berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya.

Lantaran itu, Wawa nekad mahu mengubah nasib keluarga agar dapat hidup lebih senang. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sebak mendengar kisah kesusahan yang pernah dialami oleh Wawa satu ketika dahulu.

Malah, para netizen turut memuji Wawa kerana tidak pernah lupa asal usulnya dan disebabkan niatnya mahu membantu keluarga, maka kini dia memiliki kejayaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Wawa Zainal pada pautan di bawah ini. 

Terkesan Dengar Ceramah Ustaz Abdul Somad, Wawa Zainal Dan Suami Derma RM1.2 Juta

Tunaikan Impian Isteri, Aeril Zafrel Hadiahkan Wisma Bernilai RM3.2 Juta Dengan Konsep ‘French Industrial’

Mahu Bantu Mereka Yang Terkesan Kerana Pandemik, Aeril Zafrel Buka Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan