Pada hari semalam tular beberapa klip video menunjukkan kekecohan seorang lelaki mabuk selepas sebuah Porsche 911 Carera dipandunya menghempap dua buah kenderaan di kawasan tempat letak kereta pusat beli belah.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.50 malam membabitkan empat kenderaan.

Baca Juga:

Menurutnya, siasatan mendapati kereta jenis Porsche 911 Carrera yang dipandu lelaki berusia 61 tahun itu telah melanggar penghadang jalan di kawasan parkir valet terbabit.

“Pemandu yang juga seorang kontraktor itu telah hilang kawalan sehingga terlanggar tiga kereta jenis Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CR-V yang diparkir di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

@harunbinfoyas

#fyp#myvideos#foryou#fypシ

♬ original sound – Harun Bin foyas – Harun Bin foyas

Beliau berkata, pelanggaran terbabit mengakibatkan kesemua kenderaan mengalami kerosakan dan siasatan awal dipercayai suspek memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Semakan juga mendapati lesen pemandu Porsche 911 Carrera itu telah tamat tempoh selain mempunyai 31 saman yang belum dijelaskan,” ujarnya.

Tambah Asisten Komisioner Wan Kamarul lagi, pemandu terbabit telah ditahan untuk ujian air kencing dan darah selain direkod keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sementara itu The Star Online melaporkan tiga daripada empat pemilik kereta telah direkodkan keterangan mereka dan yang keempat telah dihubungi untuk tujuan membuat laporan dan pengambilan kenyataan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.