Pemandu Toyota Vios berusia 45 tahun yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di sini, Khamis lalu akhirnya ditahan polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek itu ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam dan kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan ketika hari kejadian.

“Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat sebelum dihimpit Toyota Vios yang dipandu individu tidak dikenali.

Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa membunyikan hon sehingga menimbulkan kemarahan kepada suspek.

“Saya mengingatkan kepada mereka yang melakukan buli di jalanan, kita akan memastikan mereka tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal,” katanya.

Suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK, lapor Harian Metro.

Tindakan wanita ini menggunakan Waze semasa memandu mengundang padah apabila kereta Myvi dipandunya terbalik. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Rempuh Kereta Dinaiki Tiga Beranak, Pemandu Myvi Dakwa Sedang Lihat Waze Sebelum Kemalangan

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam

Berang Pemakaian Isteri Ditegur, Tindakan Lelaki Ini ‘Sound’ Pak Cik Ini Undang Perbincangan Netizen

Sumber