Bill Gates memberi amaran kepada dunia untuk bersiap sedia menghadapi ancaman baharu selepas COVID-19 iaitu wabak penyakit dan serangan bioterorisme. Beliau beranggapan, ancaman pengganas pada masa hadapan adalah wabak yang boleh menyebarkan penyakit.

Untuk menanganinya, menurut Gates, pemimpin dunia mesti melabur berbilion dolar AS untuk tujuan menyelidik dan pembangunan. Pencipta Microsoft itu juga meminta negara maju, seperti Amerika Syarikat dan Britain, untuk melabur lebih banyak bagi menyiapkan diri menghadapi ancaman wabak seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Terdapat wabak yang berpunca semula jadi dan wabak yang disebabkan oleh bioterorisme yang mungkin lebih teruk daripada apa yang kita ada hari ini, tetapi kemajuan dalam sains perubatan seharusnya menyiapkan diri dengan lebih baik,” kata Gates dalam temu bual dengan bekas Setiausaha Kesihatan UK Jeremy Hunt seperti dilaporkan Sky News.

Gates juga menasihatkan pemimpin dunia untuk melibatkan diri dalam “germ games”, istilah yang merujuk kepada situasi di mana pengganas menggunakan senjata biologi untuk menyebabkan kerosakan di peringkat global. Sekiranya semua negara melakukan hal ini, kita akan bersedia menghadapi ancaman wabak seterusnya.

Menurut orang keempat terkaya di dunia tersebut, ‘germ games’ telah terbukti berpengaruh dalam membentuk dasar ancaman wabak. Sebuah negara boleh menyediakan vaksin yang lebih baik, lebih banyak katil hospital dan membuat rancangan kontingensi sekiranya berlaku wabak penyakit global.

Selain itu, Gates menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan sebuah pasukan khas pandemik yang disokong dengan dana yang besar.

Beliau turut memberi contoh bagaimana jika berlaku serangan pengganas menggunakan virus cacar yang menyasarkan 10 lapangan terbang. Menurutnya, peranan Pasukan Petugas Pandemik PBB akan menjadi sangat penting dalam keadaan ini.

Bill Gates turut mengutuk tahap penyediaan diri negara-negara untuk menghadapi pandemik COVID-19. Malah, beliau telah pun memberi amaran awal bahawa ancaman terbesar kepada manusia ialah penyakit berjangkit, bukan perang nuklear.

“Pada 2015, saya bercakap di Ted Talk dan menulis beberapa kertas bertajuk, ‘Kami tidak bersedia untuk wabak seterusnya’. Dan malangnya itu adalah ramalan yang baik tentang apa yang akan datang, dan yang tidak dijangkakan oleh sesiapa pun. Kerosakan ekonomi, kematian benar-benar mengerikan,” katanya.

Ramalan Steve Jobs pada tahun 1990 akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Puteri Bill Gates Langsungkan Akad Nikah Secara Islam Dengan Pemuda Mesir Dalam Majlis Bernilai RM8 Juta

‘Ini Adalah Tragedi Yang Luar Biasa’ – Ini Ramalan Terbaharu Bill Gates Mengenai COVID-19