Setiap tahun selepas sambutan Hari Natal pada 25 Disember akan diikuti pula dengan sambutan Boxing Day. Ada apa dengan Boxing Day? Apabila pertama kali mendengar tentang hari ini, saya ingatkan ianya hari untuk perlawanan tinju tetapi nyata saya salah.

Secara amnya, Boxing Day menandakan permulaan minggu selepas Krismas. Ianya lebih merujuk kepada hari cuti tambahan selepas hari Krismas untuk sanak saudara berkumpul dan menghabiskan makanan yang ada di dapur selepas perayaan Krismas. Boxing Day dikatakan bermula di United Kingdom sebelum ianya disambut di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
boxing day
Boxing Day tidak langsung merujuk kepada mana-mana perlawanan tinju sebelum ini

Pengertian lain tentang hari Boxing ini adalah dari perkataan Christmas Box itu sendiri. Dahulunya di United Kingdom, tuan besar akan memberikan hadiah kepada setiap pekerjanya supaya mereka pulang dan menyambutnya bersama ahli keluarga.

Secara tradisinya, banyak aktiviti yang akan dilakukan pada hari Boxing ini dan perlawanan boxing bukan salah satu daripadanya. Dahulunya, perlumbaan kuda dan memburu musang antara aktiviti yang sangat popular dilakukan pada hari ini. Stesyen-stesyen television pula akan membuat siaran khas program sempena hari ini.

English Premier League (EPL) akan mempunyai perlawanan bola sepak pada hari Boxing ini. Liga lain di Eropah seperti La Liga dan Serie A tidak mempunyai perlawanan pada hari Boxing dan pemain dapat bercuti lebih sempena Krismas tetapi tidak bagi pemain di EPL. Bulan Disember adalah bulan paling hectic bagi kelab dan pemain EPL dan disebabkan tradisi, mereka tetap juga perlu bermain pada tarikh ini.

Namun untuk penduduk seluruh dunia, Boxing Day lebih dikenali sebagai hari untuk ber-shopping. Disebabkan hari selepas Krismas ini cuti, aktiviti apa lagi yang best selain shopping bukan? Seperti juga Black Friday, kedai dan gedung membeli-belah akan menawarkan potongan harga yang hebat untuk para pembeli dan bagus untuk pemilik kedai adalah ianya tarikh untuk menjual barangan yang mungkin tidak terjual sepanjang tahun. Letak sahaja barangan dengan potongan harga menarik, pastinya akan ada yang membeli.

bday 3
Perkara biasa di Harrods, London setiap kali Boxing Day

Kedai dan gedung biasanya akan beroperasi lebih awal pada hari Boxing ini sekitar 5 pagi tetapi ketika ini, ada yang sudah membuka kedai lebih awal, 12 tengah malam. Jika anda berada London ketika, gedung membeli belah seperti Selfridges dan Harrods pasti sudah mempunyai barisan seawal 11 malam pada 25 Disember. Memang ada yang tegar beratur di sini kerana ingin mendapatkan barangan yang mereka mahu pada harga yang murah.

Begitulah serba sedikit tentang Boxing Day ini. Ianya langsung tiada kena mengena dengan sebarang perlawanan boxing dan ketika ini terkenal sebagai hari untuk shopping dan perlawanan EPL. Di Malaysia juga sudah ada butik yang membuat jualan Boxing Day ini. Mungkin anda boleh periksa butik kegemaran anda mana tahu mereka sedang adakan jualan Boxing Day hari ini.