Masihkah anda ingat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC)?

Ia diterajui lakonan mantap Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo hingga pernah menjadi fenomena pada tahun 2002. Kisah Rangga dan Cinta berakhir di lapangan terbang kerana Rangga harus tinggal di Amerika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang terjadi dengan Cinta dan Rangga setelah 12 tahun berlalu?

Sebuah mini drama lanjutan dari pengakhiran yang tergantung pada 2002 mengembalikan nostalgia peminat-peminat AADC dengan pembukaan bacaan puisi oleh Rangga.

Adalah cinta yang mengubah jalan dan waktu
Kerana cinta waktu terbagi dua
Denganmu dan rindu untuk mengembalikan masa

– Rangga

Kini 2014, Rangga di New York sebagai seorang jurnalis berjaya. Cinta pula masih di Indonesia dan bekerja dalam bidang publishing sebagai penulis majalah fashion.

Setelah 12 tahun terpisah satu sama lain, mereka akhirnya dapat bertemu kembali.

aadc

Detik tidak pernah melangkah mundur
Tapi kertas putih itu selalu ada

– Rangga

Waktu tidak pernah berjalan mundur
Dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru

– Cinta

Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab
– Rangga

Love Life Line

Saksikan cerita lengkap pertemuan mereka di sini!

NOSTALGIA Ada Apa Dengan Cinta dengan barisan pelakon hebat: Nicholas Saputra, Dian Satrowardoyo, Adina Wirasti, Sissy Priscillia, Titi Kamal, dan Ladya Cheryl

LIKE The Vocket di Facebook