Peminat drama Korea pasti tidak terlepas untuk menonton drama Hi Bye, Mama yang menyentuh emosi ramai orang. Malah, selepas seminggu tiada episod baru drama tersebut, pada hujung minggu yang lalu drama Hi Bye, Mama tampil dengan episod baru pasti buat penonton berasa teruja.
Terbaharu, #HiByeMama trending di Twitter dan buat anda yang tidak pernah menonton drama tersebut pasti tertanya-tanya apa yang menarik sangat drama tersebut sehingga trending. Malah, drama Hi Bye, Mama ini merupakan top 4 di Netflix saat ini.
Untuk pengetahuan anda, drama tersebut mengisahkan tentang Cha Yu-ri (Kim Tae-hee), seorang ibu yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis lima tahun lalu dan diberi peluang untuk kembali kepada suami dan anaknya sebagai manusia selama 49 hari.

Peluang tersebut diberikan kepada Cha Yu-ri kerana tidak tenang meninggalkan dunia sebelum boleh memeluk anaknya sendiri walaupun sudah 5 tahun menjadi hantu. Apabila Cha Yu-ri kembali menjadi manusia mencetuskan pelbagai reaksi daripada semua orang.
Anda kena tonton sendiri untuk ketahui cerita drama Hi Bye, Mama yang menyedihkan ini. Menariknya, dalam episod terbaharu yang ditayangkan berjaya membuat penonton beremosi dan inginkan Cha Yu-ri bahagia bersama keluarganya tetapi di satu sisi kesian dengan isteri baru suaminya iaitu Oh Min Jeong.
Malah, para netizen turut mengatakan tidak ingin saat-saat gembira bertukar menjadi sedih terutama sekali selepas sneak preview episod akan datang menunjukkan Cha Yu-ri meluangkan masa bersama-sama suami dan anaknya serta kelihatan sangat gembira.
he just found out that yuri has been with him since she died and now he found out that she’s gonna die again? WAIT LET ME GET MY BOX OF TISSUES 😭#HiByeMama pic.twitter.com/zjhrnh04Gm
— kdrama enthusiast ♥ (@iukdramas) April 12, 2020
aku dh habis tgok hibyemama smpai ep14..hmmmm i want yuri hidup tp at the same time xnak die hidup sbb minjeong..so xtahu r aku nk ending mcm mne..huhuhu..aku start nangis ep12..
— 💙TIQ4H💙 (@yakobsdaughter) April 13, 2020
Don't turn Happy Moments into sad Memories please #HiByeMama pic.twitter.com/aQzDxC2Dqf
— kdrama moots (@kdramaking_) April 13, 2020
let me remind you again that this scene really broke my heart into pieces. look at how intense the anxiety attack is. look at how desperately he’s trying to really control it. look. #HiByeMama pic.twitter.com/NjJaRKWE5v
— salma (@sssssshalma) April 13, 2020
pil-seung's family were all about their son but at the end of the day they turned out to be selfless people as well! they made the choice to sacrifice themselves to help seowoo & return the kindness that Yuri showed them i will smh miss them😭 •#HiByeMama• pic.twitter.com/8awfJHPg4T
— 🌿 (@ballondina) April 12, 2020
Akan tetapi, pandangan mata suaminya iaitu Jo Kang-hwa terlihat kesedihan dimana dia sudah tahu bahawa Cha Yu-ri akan meninggal dunia sekali lagi. Berikutan itu, para netizen mengatakan bahawa mereka menangis melihat episod semalam kerana keluarga hantu yang mementingkan diri bertindak membantu Cha Yu-ri dan menyebabkan mereka dihantar ke ‘atas’.
Mungkin disebabkan drama ini sudah hampir ke penghujungnya, maka lebih banyak emosi disuntikkan dalam drama ini. Bagi anda yang menonton drama ini, adakah anda ingin Cha Yu-ri kembali jadi manusia dan bahagia bersama suami dan anaknya atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan!
snippets for ep 15. idk if this is a sign of happy ending or just a calm before the storm. yuri and ganghwa deserves to be happy and so minjeong.
the journey ahead is surely a rollercoaster of emotions #hibyemama pic.twitter.com/PWtvSccB7M
— 🍵 (@punyatari) April 12, 2020
Please Happy Ending 😭😭😭#HiByeMama pic.twitter.com/DUOqTDNrb7
— Ulfa Arianti (@ksoo_do21) April 12, 2020
the preview is giving me mixed feelings on one hand I’m happy for yuri cause she deserves time with seowoo❤️ but on the theres it seems like they gonna make her go up 😔 #HiByeMama #HiByeMamaNetflix pic.twitter.com/pWQDVmGvAL
— ' (@1ullabyy) April 12, 2020
Sementara itu, jika anda tidak tahu ingin tonton apa di Netflix, anda boleh pertimbangkan untuk tonton The Platform. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia
Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan
Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?