Twitter merupakan sebuah platform sosial yang lebih terkenal dalam kalangan generasi muda bukan sahaja menjadi saluran untuk menyebarkan info. Bukan itu sahaja, Twitter juga menjadi saluran popular menjadikan sesuatu isu trending dalam kalangan masyarakat.

Terbaharu satu lagi isu yang semakin popular diperkatakan iaitu “Sco Pa Tu Mana”. Kami yakin pasti masih ramai pengguna yang tertanya-tanya maksud ungkapan tersebut.

https://twitter.com/HarithNash/status/1158415995129610240

Pada dasarnya, “Sco Pa Tu Mana” berasal daripada salah satu ungkapan dalam sebuah lagu dari Ghana yang bertajuk ‘Daavi Ne Ba’. Lagu ini telah dipopularkan oleh Patapaa dan Kawoula Biov.

Jadi, mengapa ungkapan ini menjadi popular di serata dunia dan apa yang dimaksudkan dengan “Sco Pa Tu Mana”? Pertama sekali, lagu ini menjadi popular disebabkan rentak lagu ini yang agak catchy dan tarian yang ditunjukkan begitu rancak disamping dengan bahasa Ghana itu sendiri yang agak unik.

Menurut penyanyi asal yang juga merupakan penulis lirik lagu tersebut, Patapaa, “Sco Pa Tu Mana” tidak mempunyai maksud apa pun. Tetapi, pengguna Twitter pula mengambil ungkapan tersebut untuk mengulas pendapat atau berkongsi pengalaman yang mereka hadapi terhadap sesuatu perkara.

Selalunya ungkapan ini akan disertakan dengan gambar atau perkataan dan netizen lain akan memberi komen atau berkongsi pengalaman mereka sehingga tercipta sebuah thread.

Adakah anda juga salah seorang netizen yang sudah join the hype atau masih tertanya-tanya maksud sebenar ungkapan tersebut? Sco Pa Tu Mana?